Follow Us

Polisi

Terma & Syarat

  • Terma dan syarat ini menggariskan peraturan dan syarat penggunaan laman web Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. Dengan mengakses laman web ini atau membuat pembelian, kami menganggap bahawa anda telah bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan. Jangan meneruskan penggunaan web ini sekiranya anda tidak bersetuju untuk menerima semua terma dan syarat yang dinyatakan.

Harga dan Pembayaran

  • Harga produk adalah berdasarkan pasaran semasa dan akan dikemaskini secara berkala mengikut harga pasaran emas yang akan dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang tidak dapat diramal.
  • Semua transaksi adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR) kecuali dinyatakan.
  • Semua pembayaran perlu dibuat secara terus ke akaun bank Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. sekiranya pembayaran dibuat kepada pihak ketiga dan mendatangkan sebarang kerugian, pihak Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. tidak akan menanggung dan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian.

Penghantaran

  • Penghantaran produk akan dilakukan selepas pembayaran disahkan.
  • Produk dihantar melalui kurier biasa atau berinsurans berdasarkan pemilihan pelanggan dan jika berlaku kehilangan ketika menggunakan penghantaran tidak berinsurans, risiko akan ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.
  • Nombor penjejakan bungkusan akan dihantar kepada pelanggan.
  • Penghantaran akan dilakukan dalam tempoh 2 hari bekerja.

Pemulangan semula

  • Tiada pemulangan atau penukaran produk dibenarkan kecuali sekiranya berlaku kesilapan atau terdapat kecacatan pada produk disebabkan oleh pihak Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd.
  • Pemulangan semula produk hanya sah sehingga 5 hari setelah pelanggan menerima bungkusan daripada pihak Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd.

Dasar Privasi

  • Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
  • Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
  • Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
  • Apa Yang Akan Berlaku Jika Saya Membuat Pautan Kepada Laman Web Yang Lain?
  • Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

 

  • Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data

  • Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

  • Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumbalas dan Aduan

  • Kelantan Gold Trade amat mengalu-alukan maklumbalas/pertanyaan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam Portal ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.

Notis Hakcipta

  • Semua aspek berkenaan laman web ini termasuk rekabentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian, kod sumber dan lain-lain adalah hak cipta Kelantan Gold Trade kecuali dinyatakan sebaliknya.
  • Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersial dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Kelantan Gold Trade.

Penafian

  • Kelantan Gold Trade berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui penyaluran maklumat laman web yang tepat dan terkini.
  • Walaubagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan Kelantan Gold Trade tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan.
  • Kelantan Gold Trade berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis.
  • Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan Kelantan Gold Trade tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.
  • Maklumat untuk dimuat turun adalah dijamin bebas dari sebarang virus. Kelantan Gold Trade tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku akibat jangkitan sebarang virus disebabkan oleh aktiviti muat turun maklumat dari laman ini.

Undang-undang Yang Mentadbir

  • Terma dan Syarat ini ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian yang timbul berkaitan dengan laman web ini atau transaksi jual beli akan dirujuk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah di Malaysia.