
Apa itu Wakalah KGT?
Wakalah KGT ini merupakan koperasi, agensi Arahn/Arahnu atau Syarikat Sdn Bhd yang dilantik oleh Kelantan Gold Trade untuk beroperasi sebagai kaunter Dinar & Dirham KGT.
Tugas Wakalah
Wakalah yang dilantik oleh Kelantan Gold Trade akan menjalankan kaunter Dinar & Dirham bagi pihak KGT dan memudahkan pelanggan untuk mendapatkan fizikal produk keluaran Kelantan Gold Trade di seluruh Malaysia.
Berikut merupakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kaunter Dinar & Dirham KGT:
- Pembelian - Pelanggan boleh melakukan pembelian dan dapatkan fizikal produk KGT menerusi kaunter Dinar & Dirham.
- Jual Balik - Pelanggan boleh melakukan penjualan semula produk KGT di kaunter Dinar & Dirham.
- Tuntut Produk - Pelanggan boleh menuntut produk yang telah dibeli (withdrawal) di platform ednd.my di kaunter Dinar Dirham.
- Daftar Saudagar - Pelanggan boleh mendaftar sebagai saudagar di kaunter Dinar Dirham dengan melakukan pembelian pertama produk KGT.
Wakalah HQ : https://ednd.my/signin/wakalah/admin
Cawangan Wakalah : https://ednd.my/signin/cawangan/admin