Follow Us

Latar Belakang Kami :

Kelantan Gold Trade Sdn Bhd  merupakan sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Syarikat ini ditubuhkan pada 23 Oktober 2008. Aktiviti utama KGT adalah bagi menguruskan agenda simpanan dan pelaburan dinar dirham kerajaan negeri Kelantan serta menerokai perniagaan berasaskan emas dan perak.

            Cetusan idea Almarhum YAB Dato` Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat ini adalah bertujuan untuk memastikan agar rakyat Kelantan khususnya mempunyai simpanan emas dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Kerajaan Negeri Kelantan juga merupakan satu-satu kerajaan negeri yang mengeluarkan syiling emas & syiling perak pada ketika itu sebagai satu inisiatif memartabatkan dan memajukan penggunaan dinar dan dirham bukan sahaja berfungsi sebagai simpanan dan pelaburan jangka masa panjang, malah lebih kepada teras aktiviti muamalat menggunakan dinar dirham.

              Objektif utama KGT adalah membantu masyarakat dalam menguruskan simpanan masa depan dengan lebih selamat dan membina kekayaan masyarakat melalui Dinar Dirham Kelantan. Selain itu, KGT berperanan mendedahkan keupayaan dinar dan dirham sebagai satu segmentasi ekonomi yang dapat memberi pulangan dan manfaat kepada masyarakat. Justeru, KGT selain bertindak sebagai pengeluar dan pengedar syiling dinar dan dirham, KGT juga menjalankan kajian, memberi pendidikan dan penerangan berkaitan keupayaan dinar dan dirham untuk manfaat masyarakat dari sudut simpanan, muamalat, potensi pendapatan dan pelaburan jangka masa panjang.

OBJEKTIF | MISI | VISI Kami :

Objektif

Membantu masyarakat mengurus simpanan dan membina kekayaan

Misi

i) Menjadi syarikat simpanan emas dan perak patuh syariah terbaik di Asia

ii) Penyedia platform muamalat emas perak yang efektif dan sistematik

iii) Meningkatkan ekonomi dan gaya hidup masyarakat yang mampan

iv) Menjadi peneraju bagi simpanan dan muamalat emas perak dalam pasaran

 

Visi

Menjadi syarikat GLC yang berdaya saing dalam mengembangkan mengukuhkan perniagaan di dalam industri emas perak secara domestik dan antarabangsa

Struktur Korporat

Mengenai pasukan yang menerajui syarikat kami

Struktur Korporat

Mengenai pasukan yang menerajui syarikat kami
wpChatIcon
Chat Now
Chat KGT
Chat KGT
Menu Utama