Follow Us

Ketua Pegawai Eksekutif PMBK/Pengarah

Tuan Wan Mohd Husni Bin Wan Osman

(Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PMBK/Pengarah)

Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya pada Allah S.W.T pemilik seluruh kerajaan langit dan bumi dan segala isinya, selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang telah memberi kesempatan untuk meneruskan ibadah dan menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.
Terlebih dahulu, saya bagi pihak Kelantan Gold Trade Sdn Bhd mengucapkan selamat datang dan terima kasih buat pengunjung yang melayari portal rasmi KGT bagi mendapatkan maklumat serta informasi terkini berkaitan KGT.
Syabas dan tahniah diucapkan buat warga kerja KGT kerana menyediakan portal rasmi KGT yang seiring dengan peredaran teknologi semasa sebagai dunia tanpa sempadan dan dihujung jari sahaja. Jadi, dengan adanya portal rasmi ini, para pelanggan boleh mendapatkan segala informasi dan maklumat berkaitan KGT dan Dinar Dirham Kelantan secara atas talian pada bila-bila masa dan dimana jua sahaja samaada melalui telefon pintar atau komputer. Ini sangat membantu para pelanggan dalam mendapatkan maklumat dengan mudah, cepat dan secara jelas selaras dengan peranannya yang lebih bersifat mesra pelanggan.
Sebagai sebuah syarikat di bawah kerajaan negeri Kelantan, KGT sangat komited melaksanakan tanggungjawab untuk memartabatkan dan memajukan penggunaan dinar dan dirham yang bukan sahaja berfungsi sebagai alat bagi simpanan dan pelaburan jangka masa panjang, malah lebih kepada teras aktiviti muamalat menggunakan dinar dirham. Berlandaskan nilai-nilai Islam, kami pastikan perniagaan yang kami dijalankan berasaskan prinsip-prinsip keadilan,kecekapan dan integriti.
Alhamdulillah sepanjang KGTSB ditubuhkan,telah banyak kejayaan yang telah dicapai oleh KGTSB. Pihak KGTSB akan terus berusaha dan komited untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu kerja serta perkhidmatan agar setiap yang dirancang dapat mencapai kejayaan yang cemerlang seiring dengan visi dan misi KGT.
Akhir kata, kami ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sepenuh sokongan dan kerjasama kepada Kelantan Gold Trade di samping sokongan kakitangan yang efisyen dan berdidikasi melaksanakan peranan masing-masing. Pihak kami berharap Kelantan Gold Trade akan sentiasa berkembang maju dan kekal relevan sebagai sebuah agensi kerajaan negeri untuk memartabatkan Dinar dan Dirham Negeri Kelantan.
Laman web ini juga diharapkan dapat menjadi medan interaksi di antara Kelantan Gold Trade dengan pelanggan-pelanggan khususnya rakyat Negeri Kelantan keseluruhannya.
Selamat melayari laman portal kami.

Sekian, Terima Kasih