Follow Us

Pengerusi

YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam Bin Abdul Rahman

((D.J.M.K),(J.M.K)) - Exco Kerajaan Negeri Kelantan Merangkap Pengerusi KGTSB

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian diatas taufik dan hidayahNya, selawat dan salam buat junjungan nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.

Dikesempatan ini saya mengambil ruang dan peluang untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua warga kerja Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGTSB) atas komitmen, kesungguhan dan kerja keras yang telah ditunjukkan dalam membangunkan KGTSB untuk menjadi sebuah syarikat yang dapat memberikan perkhidmatan dan penawaran solusi yang terbaik dalam melaksanakan agenda simpanan dan pelaburan dinar dirham kerajaan negeri Kelantan serta menerokai perniagaan berasaskan emas dan perak.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Kelantan Gold Trade Sdn Bhd kerana telah berusaha membangunkan dan mengemaskini portal rasmi Kelantan Gold Trade (www.kgt.com.my) sebagai salah satu usaha dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta memenuhi segala keperluan informasi pelanggan-pelanggan KGT.

Diharapkan dengan kewujudan portal rasmi KGT mampu memainkan peranannya menjadi medium terbaik dalam menyebar luaskan segala maklumat dan informasi yang jelas serta berguna buat semua pengunjung portal rasmi KGT sama ada berkaitan segala latar belakang serta pengurusan KGT, perkhidmatan yang ditawarkan, makluman berkaitan promosi atau kempen semasa, pembelian produk keluaran KGT secara atas talian serta segala yang berkaitan Dinar dan Dirham Kelantan itu sendiri. Semoga ia juga dapat menjadi sebahagian sumber maklumat dan rujukan yang berguna dan boleh dikongsi bersama buat semua pengunjung portal rasmi ini.
Portal ini turut akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan keadaan semasa bagi memastikan setiap pengunjung portal rasmi ini sentiasa menerima maklumat yang terkini dan berguna. Selain itu, portal rasmi ini turut menyediakan capaian kepada capaian keseluruhan platform media sosial dan rangkaian media KGT bagi memudahkan lagi pengunjung mendapatkan lebih maklumat tentang KGT serta promosi dan kempen semasa.
Pihak KGT akan cuba sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan, namun semestinya sukar untuk memberi kepuasan dengan sifar kesilapan. Justeru itu, pendapat serta komen yang relevan amat diperlukan untuk kami perbaiki dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih baik.
Akhir kata, semoga KGT sentiasa meneruskan kecemerlangan dan meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa dalam usaha memastikan segala misi, visi dan aspirasi KGT tercapai.
Selamat melayari laman portal kami.
Terima Kasih.