29 April 2026 - KGT memperkenalkan pelaksanaan polisi baharu pembelian produk sebagai langkah memperkukuh sistem transaksi yang lebih sistematik, telus dan efisien, selaras dengan penambahbaikan ekosistem urus niaga digital.
Seiring dengan inisiatif ini, bermula 01 Mei 2026, pengeluaran Syiling Emas Ketam Guri 5g dan 10g kini turut diperkemaskan melalui platform Akaun EDND, bagi memastikan proses pemilikan produk emas KGT dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, selamat dan mudah diakses oleh pelanggan. Walaubagaimanapun, pengeluaran tertakluk kepada ketersediaan stok semasa.
Pendekatan ini mencerminkan komitmen berterusan KGT dalam memperkukuh integrasi sistem digital emas dan perak, di samping meningkatkan kecekapan operasi serta pengalaman pelanggan dalam setiap transaksi.
MEDIA DAN KOMUNIKASI STRATEGIK KGT