Zakat emas dikenakan apabila cukup syarat-syaratnya

  • Cukup nisab
  • Cukup haul (cukup dlm tempoh setahun)
  • Tiada tanggungan hutang
  • Lebih daripada tanggungan hutang

Pengiraan Zakat:

Nisab zakat emas dikira apabila nilai emas cukup atau lebih daripada 20 Dinar (1 Dinar = 4.25g) bersamaan (20 Dinar = 85g emas)

Nilai yang dikenakan zakat adalah 2.5% daripada nilai 85 gram dan keatas. Sebagai contoh, apabila mempunyai emas 85 gram dan telah cukup 1 tahun emas itu tidak diusik tanpa ada transaksi jual beli yang boleh mengurangkan jumlah tersebut.

Jumlah zakat yang perlu kita bayar  ialah 2.5% daripada 85 gram emas tersebut.

Contoh pengiraan:

(2.5% kadar zakat x 85g emas)

(25 x 85g) / 100 = 2.125g

Konklusinya, jika  memiliki emas sebanyak 85 gram,  maka zakat yang  perlu dikeluarkan adalah 2.125g atau bersamaan (1/2 Dinar) sepertimana hasil pengiraan diatas.

Mudah kata,

  • Jika ada 20 dinar, maka perlu keluarkan zakat adalah 1/2 dinar,  atau;
  • Jika ada 85g emas, maka perlu keluarkan zakat adalah 2.125g emas.

**Jika nilai emas lebih dari 85 gram, masih  boleh guna cara pengiraan di atas.