Ini antara soalan biasa bagi orang biasa-biasa.. Cuba kita jadi antara orang yang luar biasa...

Sebelum memulakan simpanan emas kena tengok dahulu matlamat kita menyimpan untuk apa ?

1. Jangka Pendek (Short Term) atau 

2. Jangka Panjang (Long Term) 

Jangan kejar keuntungan berganda.

 

Ingat...sabar untuk jadi kaya..

Bukan gelojoh nak kaya...

 

Jangan mengharapkan keuntungan berganda sampai masuk perangkap skim cepat kaya.

Beberapa panduan ini mungkin berguna untuk anda.

 

1. Untung bila harga emas naik : 

Sejarah menunjukkan harga emas meningkat secara jangka panjang. Kalau  dahulu harga emas dalam lingkunan RM30 segram 

Sekarang , harga emas ialah sekitar RM290 segram. Nampak..?

 

2. Untung pertambahan gram emas bila harga turun dan naik : 

Emas ialah harta. Apabila harga turun, kita boleh beli lebih banyak gram dengan harga yang lebih murah. Begitu juga bila harga emas naik. Boleh guna kaedah kos pemurataan harga segram.

 

3. Sentiasa berduit

Emas yang dibeli hanya ditukarkan cara simpanan selain wang tunai. Wang tunai cepat habis dibelanjakan betul tak..?

 

4. Mampu mengawal nafsu belanja

Mendidik diri agar lebih berdisiplin dalam berbelanja . Jadi, mulakan simpanan emas.

 

5. Digunakan dalam kecemasan 

Untung bila ada emas, kita dapat gadaikan untuk dapatkan tunai bagi tujuan kecemasan apabila dalam situasi darurat.

 

6. Kalis Inflasi

Harga emas turun naik secara jangka pendek. Bila harga naik, ia mungkin turun sedikit. Selepas itu ia akan naik semula, naik, dan naik. 

Emas sifatnya tidak seperti wang kertas yang mana wang kertas bila dah jatuh harga susah nak naik dan mengambil masa lama untuk pulih berbanding emas.

 

7. Emas pelindung kekayaan

Emas sifatnya adalah pelindung kekayaan. Kenapa..?

Contohnya, apabila berlaku musibah kebakaran dan  simpanan RM30 000 tunai hangus terbakar. Tiada apa yang tinggal...

Tapi emas bila berlaku kebakaran, ianya hanya berubah bentuk tapi nilainya tetap ada...fakta..

 

Maka...fikir-fikir lah.., rancang simpanan anda dengan betul...