Program Sahabat DnD adalah program yang baru diperkenalkan hasil jalinan usahasama di antara Kelantan Gold Trade Sdn Bhd dan seluruh Institusi swasta dan kerajaan yang menjalankan perniagaan Ar-rahnu dan membuat transaksi melibatkan syiling emas dan perak secara meluas di seluruh Malaysia. Menerusi usahasama ini, objektif pihak Kelantan Gold Trade Sdn Bhd ingin memperluaskan penerimaan terhadap produk-produk Dinar, Wafer dan Dirham keluaran Kerajaan Negeri Kelantan di setiap negeri seluruh Malaysia dalam memastikan objektif utama dinar dan dirham sebagai medium alternatif bagi memartabatkan fungsi mata wang syariah terlaksana.

Senarai SAHABAT DnD

  1. Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad
    • Ar-Rahn Koop Guru Cawangan Kota Bharu, Bangunan Koop Guru, Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu. No Telefon : 09-743 3481
    • Ar-Rahn Koop Guru Cawangan Melor, Arked MARA, Pekan Melor, Kota Bharu. No Tel: 09-783 1475
    • Ar-Rahn Koop Guru Cawangan Tumpat, Bangunan MARA Daerah Tumpat, Chabang Empat, Tumpat. No.Tel: 09-718 2167
  2. ArRahnu Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia
  3. ArRahnu Koperasi Permodalan Felda Berhad

*Penetapan peratusan pembiayaan bergantung pada setiap Ar-Rahnu/Koperasi/Persatuan tersebut.

 **Tiada Program buat masa ini di bawah Sahabat DnD

 

Pendidikan

Penerangan berkaitan emas dan ketahui cara menambah simpanan emas serta kelebihan emas masa kini.

Wawancara

Wawancara bersama tetamu jemputan KGT. Jom tambah ilmu emas serta ketahui kelebihan emas selain simpanan wang fiat.

Program Khas

Program anjuran KGTSB dengan kerjasama kerajaan Negeri Kelantan dan Syarikat serta anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan.