Kuantiti emas tidak boleh dimanipulasikan oleh mana-mana kerajaan walaupun kerajaan sebesar America sekali pun. Ini kerana emas perlu dicari, dilombong, dibentuk dan ditulenkan. Ia tidak boleh suka-suka dibuat seperti wang kertas yang boleh dicetak sesuka hati. Pembentukan emas merupakan proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas @ wang fiat (fiat merujuk kepada wang yang tidak
bersandarkan benda berharga seperti emas dan perak).

Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Apabila
jumlah cetakan terlalu tinggi, dan berlakulah lambakan duit kertas yang berlaku seperti di Zimbabwe, maka nilai wang kertas akan merosot.

Peningkatan kemerosotan nilai wang kertas akan mengakibatkan hyperinflasi dan
akhirnya wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.

Penggunaan wang fiat membolehkan kerajaan menguasai kekayaan negara dan
memanipulasikan kekayaan negara. Ini kerana kerajaan boleh menggunakan akta-akta bagi
mengiktiraf kertas/syiling sebagai wang yang sah. Kerajaan juga boleh menarik balik
pengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan wang tersebut tidak diterima sebagai wang yang
sah.

Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada kerajaan yang boleh mencetak emas. Dan jumlah sebenar emas hanya Allah S.W.T yang mengetahuinya berapa banyak kandungan emas yang terdapat dalam bumi ini.