TAHUN 2019 : HARGA EMAS MELONJAK PALING TINGGI DALAM SEJARAH

Related image

KELANTAN GOLD TRADE SDN BHD

DINAR DIRHAM NEGERI KELANTAN

KOTA BHARU, 7 Ogos – Harga emas Malaysia dilihat pada hari ini terus gah meningkat dengan peningkatan tertinggi dalam sejarah pada hari ini dengan RM196/g bagi emas 999. Peningkatan harga ini dilihat bukan sahaja hanya tertumpu di Malaysia, malah negara-negara lain juga turut merasai peningkatan harga emas, antaranya Yen Jepun dan Dollar (Canada dan Australia). Lonjakan harga ini juga turut dilihat sebagai mendadak ekoran daripada ada sesetengah negara menghadapi peningkatan 3% berturut-turut setiap hari. Menurut sumber daripada Kitco News, kenaikan harga emas dunia meningkat akibat tempias daripada isu Trump telah mengugut China untuk meninggikan 10% tariff ke atas produk China yang bernilai RM300 Billion.

Kelantan Gold Trade Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Produk utama keluaran syarikat ini adalah dalam bentuk Dinar, Dirham dan Wafer bar 1g. Sejarah dinar dirham di Negeri Kelantan adalah tidak asing lagi di Malaysia. Malah ada di antara pengumpul antarabangsa seperti India dan Jepun juga sanggup ke Kelantan semata-mata untuk mendapatkan koleksi Dinar Dirham. Bermula pada tahun 2006, Dinar pertama yang dikeluarkan kepada masyarakat adalah berharga sekitar RM322. Objektif yang dibawa oleh Kerajaan Negeri pada waktu itu adalah untuk melihat setiap rakyat Kelantan memiliki simpanan Emas fizikal dan seterusnya menjadikan emas sebagai satu simbol transaksi yang boleh diperdagangkan (Sistem Barter). Dinar Kelantan kini memiliki variasi versi antaranya Dinar 2006 (Edisi Permodalan Kelantan Berhad), Dinar Edisi World Islamic Mint 2008 (Edisi Kelantan Golden Trade) dan Dinar Edisi Baru 2015 (Edisi Kelantan Gold Trade Sdn Bhd). Pengenalan Dinar Emas ke dalam masyarakat adalah sejajar dengan saranan Tun Dr Mahathir Mohammad yang telah berusaha memperkenalkan dan mempromosikan penggunaan dinar emas disekitar Malaysia pada tahun 2000 ekoran daripada kejatuhan nilai mata wang negara-negara ASEAN pada tahun 1998.

Melihat kepada perkembangan harga emas yang semakin kukuh dipasaran, Kelantan Gold Trade Sdn Bhd telah menyediakan satu platform khusus kepada masyarakat yang ingin memiliki simpanan emas fizikal menerusi program Tabungan DnD (Tukar Perak Kepada Emas). Pelbagai pakej tabungan ditawarkan kepada masyarakat dan peluang memiliki emas dengan Tabungan serendah 1 Dirham (RM20) sebulan dalam tempoh 1 tahun. Selain itu juga, tawaran “0” caj simpanan dirham juga turut menjadikan Tabungan DnD dilihat berbaloi, menguntungkan dan selamat. Pasaran kini menunjukkan kadar peningkatan infalasi mata wang telah mempengaruhi kenaikan harga emas dunia. Bagi harga pasaran produk emas Dinar keluaran Kelantan Gold Trade Sdn Bhd juga dikenali sebagai Dinar Negeri Kelantan juga mengalami peningkatan harga tidak kurang hebatnya.

Analisa ringkas terhadap pasaran harga Dinar Negeri Kelantan merekodkan secara keseluruhannya, kadar peningkatan harga emas dalam tempoh 14 tahun berada di pasaran adalah sebanyak 194%. Dalam tempoh 5 tahun pertama (2006-2010) Dinar Kelantan menunjukkan lonjakan peningkatan harga sebanyak 127%, diikuti dengan sedikit penurunan harga berlaku dalam tempoh 5 tahun kedua (2011-2015) sebanyak 22% dan kemudian kadar harga emas terus menunjukkan peningkatan bagi tempoh 4 tahun seterusnya (2016-2019) iaitu sebanyak 15%. Keadaan ini dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa. Justeru, pihak Kelantan Gold Trade Sdn Bhd menyeru kepada masyarakat supaya memiliki simpanan emas fizikal tidak kira dalam bentuk, jongkong atau barang kemas perhiasan. Hal ini bertepatan dengan sebuah hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Bakar Ibn Abi Maryam : "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)”. Walaupun hadith ini berstatus Dhaif, namun input di dalamnya boleh diambil sebagai pengajaran yang bermanfaat.