Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Segala puji dan syukur hanya bagi Allah S.W.T pemilik seluruh keseluruh kerajaan langit dan bumi dan segala isinya, Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang telah memberi kesempatan untuk meneruskan ibadah dan menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.

Terlebih dahulu saya pihak Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGTSB) mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web rasmi bagi mendapatkan maklumat dengan lebih pantas. Sebagaimana yang kita sedia maklum, teknologi maklumat dan informasi ini menjadi perkara utama dalam sesebuah negara. Seiring dengan era global,pihak KGTSB tidak ketinggalan untuk menyalurkan informasi atau maklumat dengan pantas dan tanpa sempadan. Pihak KGTSB berharap laman web ini dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat bagi mendekatkan jurang untuk pembangunan bersama. Di samping itu juga, diharapkan laman web ini boleh dijadikan sumber rujukan berkaitan peluang dan kemudahan yang disediakan oleh KGTSB.

Sebagai sebuah syarikat di bawah Kerajaan Negeri Kelantan, KGTSB berpegang dengan prinsip bahawa kami bertanggungjawab untuk memartabatkan Dinar & Dirham. Kami juga diamanahkan untuk memperkenalkan dan memberi penerangan kepada semua rakyat dengan lebih mendalam mengenai Dinar & Dirham. Berlandaskan nilai-nilai Islam, kami pastikan perniagaan yang kami jalankan berasaskan prinsip-prinsip keadilan,kecekapan dan integriti.

Alhamdulillah sepanjang KGTSB ditubuhkan,telah banyak kejayaan yang telah dicapai  oleh KGTSB. Pihak KGTSB akan terus berusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu kerja serta perkhidmatan agar setiap yang dirancang dapat mencapai kejayaan yang cemerlang seiring dengan visi dan misi KGTSB.

Akhir kata, kami ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sepenuh sokongan dan kerjasama kepada Kelantan Gold Trade di samping kakitangan yang efisyen  dan berdidikasi. Pihak kami berharap Kelantan Gold Trade Sdn Bhd akan sentiasa berkembang maju dan kekal relevan sebagai sebuah agensi kerajaan negeri untuk memartabatkan Dinar dan Dirham Negeri Kelantan. Laman web ini juga diharapkan dapat menjadi medan interaksi di antara Kelantan Gold Trade dengan pelanggan-pelanggan khususnya rakyat Negeri Kelantan keseluruhannya.

Sekian,terima kasih