Assalamualaikum wrt. Wbt, dan salam sejahtera.

Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam sejahtera buat junjungan nabi kita Nabi Muhammad  S.A.W, pembimbing ummah, selawat dan salam juga untuk seluruh ahli keluarga baginda.

Dikesempatan ini saya mengambil ruang dan peluang untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua warga kerja Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGTSB) atas komitmen, kesungguhan dan kerja keras yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan tugas.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Kelantan Gold Trade Sdn Bhd kerana telah berusaha untuk membangunkan dan mengemaskini laman web www.kgt.com.my dengan maklumat dan informasi yang terkini. Diharapkan dengan kewujudan laman web KGT ini mampu memberikan maklumat dan informasi berkaitan dengan Dinar dan Dirham kepada pelanggan. Semoga ia juga dapat menjadi sebahagian sumber maklumat dan sebagai rujukan yang boleh dikongsi bersama serta dapat memberi input yang berguna kepada pengunjung laman web ini. 

Selamat datang ke laman web rasmi Kelantan Gold Trade Sdn Bhd saya ucapkan.

Laman web ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa supaya pihak KGT dapat memberikan informasi terkini kepada pelanggan. Di dalam laman portal ini, KGT juga menyediakan capaian kepada capaian media sosial dan rangkaian media KGT untuk grafik dan video berkaitan dinar dan dirham. Pihak KGT akan cuba menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan, namun semestinya sukar untuk memberi kepuasan dengan sifar kesilapan. Justeru itu, pendapat serta komen yang relevan diperlukan untuk membaiki perkhidmatan yang lebih baik.

Akhir kata, diharapkan Laman Portal Rasmi KGTSB ini dapat memenuhi aspirasi KGT di dalam mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan yang cepat dan berkesan bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

Selamat melayari laman portal kami