Objektif utama kami adalah untuk terus memartabat dan memajukan lagi penggunaan matawang utama Islam. Cetusan idea penggunaan Dinar dan Dirham di inspirasikan oleh YAB Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan kini legasi ini diteruskan oleh YAB Dato Ustaz Mohammed Bin Yakob iaitu Menteri besar Kelantan. Kelantan Gold Trade melancarkan Dinar dan Dirham keluaran pertamanya kepada orang ramai pada tahun 2006. Operasi utama syarikat kami adalah menjual dan membeli Dinar dan Dirham.

Visi utama syarikat kami adalah memberikan komitmen terbaik terhadap pemasaran Dinar dan Dirham serta menyediakan teknik dan sistem sebagai alat yang terbaik dalam mengimplimentasikan fungsi matawang syariah. Kelantan Gold Trade (KGT) adalah sebuah syarikat yang berdaftar dan milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Kelantan Gold Trade diberi tanggungjawab untuk meneruskan agenda ekonomi islam kerajaan negeri Kelantan iaitu memartabatkan kembali sistem pertukaran Sunnah daripada Nabi Muhammad SAW. Syarikat kami diberi tanggungjawab oleh kerajaan negeri Kelantan untuk menghasilkan kepingan emas dan perak yang di kenali sebagai Dinar dan Dirham.