PROGRAM KHAS KGT

  •  
    Qaryah Beijing
     (Klik untuk lihat gambar program)
     Qaryah Beijing: Jamuan Rakyat
      (Klik untuk lihat gambar program)
     
  • Konvensyen Hala Tuju Dinar Dirham (Dokumentasi)

     
    Konvensyen Hala Tuju Dinar dan Dirham KGT&UKM 1438H
     
    Klik gambar diatas untuk melihat video Dokumentasi Majlis Konvensyen Hala Tuju Dinar Dirham.
     
  • Majlis Aidilfitri KGT

    Klik gambar diatas untuk melihat video Dokumentasi Majlis.

     
     

    Majlis Penyerahan 1G Wafer Emas

    Klik gambar diatas untuk melihat video Dokumentasi Majlis.

     

  • MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA KELANTAN GOLD TRADE SDN BHD (KGT) DENGAN PERSATUAN KEMAHIRAN WANITA KELANTAN (PKWK)

    Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU)

    Pada 28 Syawal 1437H bersamaan 2 Ogos 2016 telah diadakan satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Kelantan Gold Trade (KGT) dengan Persatuan Kemahiran Wanita Kelantan (PKWK) yang diadakan di Pusat Jualan Dinar & Dirham Kelantan Gold Trade Sdn Bhd di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Objektif MOU ini adalah untuk mengiktiraf hubungan baik antara kedua-dua pihak dan berhasrat untuk memperkukuh dan membangunkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak. Majlis MOU ini bukanlah permulaan kerjasama kedua-dua belah pihak, namun ia dilihat sebagai pemangkin dalam meningkatkan kerjasama dua hala dalam mempromosikan serta menunjukkan sokongan terhadap program-program yang dilaksanakan terutamanya program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan. Sebelum majlis perjanjian MOU ini berlangsung,telah banyak kerjasama yang dilakukan secara tidak formal. Sebagai contoh, pihak PKWK yang bernaung di bawah UPWK telah banyak membantu dalam melestarikan objektif KGT bagi menyebarkan Dinar Dirham Kerajaan Negeri Kelnatan kepada masyarakat. Melalui usaha ini secara tidak langsung memberi impak dan reaksi positif dalam menjalinkan hubungan baik antara kedua-dua belah pihak. Majlis Memorandum Persefahaman (MOU) ini telah mendapat persetujuan kedua-dua pihak dan dokumen perjanjian telah ditandatangani oleh Hj Khalily Bin Ab Kadir selaku Pengurus Besar Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGT) dan Puan Norriha Binti Abdul Ghani selaku Pengerusi Persatuan Kemahiran Wanita Kelantan (PKWK).YB Dato’ Hj Abdul Fattah Bin Hj Mahmood selaku Pengerusi Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGT) dan YB Hjh Mumtaz Binti Md Nawi selaku Penasihat Persatuan Kemahiran Wanita Kelantan (PKWK) juga turut hadir sebagai saksi bagi menandatanagani Memorandum Persefahaman (MOU) ini . Selain itu, pihak media juga hadir untuk membuat liputan mengenai persetujuan persefahaman antara kedua-dua belah pihak. Melalui perjanjian persefahaman (MOU) ini, pihak KGT telah diberi kepercayaan untuk menempa Dinar edisi khas bagi Program Hari Saidatina Khadijah yang dianjurkan oleh PKWK. Dinar-dinar edisi khas ini menggunakan ketulenan emas 917 dengan berat 4.25g mengikut piawaian Khalifah Umar Al-Khattab. Keunikan Dinar edisi khas ini bersifat Eksklusif kerana mempunyai no siri khas sempena Program Hari Saidatina Khadijah. Sacara keseluruhannya, kedua-dua belah pihak memberikan reaksi yang positif terhadap Majlis Memorandum Persefahaman (MOU) ini dan berharap akan terus bekerjasama dalam program-program pada masa akan datang.

    Klik untuk melihat album