Emas merupakan aset yang bernilai sepanjang zaman dan setiap tempat berbanding dengan wang.
Fungsi emas lebih kurang sama dengan wang kerana boleh digunakan untuk membayar zakat, mahar dan urusan jual beli untuk barang-barang tertentu.
Perbezaannya emas boleh digunakan di setiap tempat, manakala wang hanya bernilai ke atas tempat-tempat tertentu sahaja.
Sebagai contoh sewaktu kejatuhan British kepada Jepun di Tanah Melayu pada 1942, jepun telah menghapuskan penggunaan wang British (malayan dollar). Kesemuanya telah ditukar kepada wang jepun yang dikenali sebagai  wang pokok pisang.

Jepun telah menguatkuasakan penggunaan wang  pisang ini dan sesiapa yang tidak mematuhinya akan dihukum. Disebabkan cetakan wang yang terlalu banyak telah menyebabkan kenaikan harga barang berlaku.
Akibatnya pada tahun 1945 nilai duit pokok pisang jepun telah tidak berguna lagi apabila jepun telah menyerah kalah. Jadi di sini kita boleh lihat bagi sesiapa yang mengumpul wang sebagai lambang kekayaan maka dia akan rugi apabila wang itu sudah tidak bernilai lagi.
Berbeza dengan orang yang menyimpan emas, kerana tidak kira lah negara mana sekali pun yang jatuh tetapi nilai emas tetap tidak akan jatuh keran ia masih boleh digunakan dan ia masih laku diseluruh dunia.
Kesimpulannya emas merupakan simbol kekayaan yang sebenar, negara-negara maju di dunia iaitu Amerika dan China adalah penyimpan terbesar emas keran mereka tahu nilai sebenar emas itu. Jadi masih belum terlambat untuk kita jadikan emas sebagai simpanan untuk kegunaan pada masa hadapan.