1.    Pelabur Emas       2.    Penyimpan emas      3.    Pedagang emas


Setiap orang akan menggemari emas kerana emas mempunyai daya penarik yang tinggi. Tapi kebiasaannya penggemar-penggemar Emas ini tidak tahu bahawa dimana kedudukan mereka, apa yang mereka boleh jadikan dengan emas.


Antara penggemar-penggemar emas ada 3 jenis iaitu pelabur emas, penyimpan emas dan pedagang emas. Setiap perkara yang kita buat dengan emas akan mencerminkan kita di dalam kategori yang mana.


Yang pertama adalah pelabur emas. Pelabur emas adalah orang yang lebih memandangkan dari segi keuntungan duit kertas. Cara mereka adalah dengan ‘Buy Low’ dan ‘Sell High’. Mereka akan menjadikan emas sebagai medan pelaburan untuk menghasilkan duit yang banyak. Pelabur-pelabur emas ini biasanya memerlukan modal yang besar untuk menjana keuntungan.


Yang kedua adalah penyimpan emas. Penyimpan emas adalah orang yang menjadikan emas sebagai simpanan untuk jangka masa panjang. Selalunya penyimpan emas ini sedar bahawa emas ini dapat menjadi pelindung kepada harta mereka. Mereka akan terus menyimpan emas sehingga mencapai sesuatu perkara yang mereka ingin capai. Sebagai contoh jika kita ingin membeli rumah untuk 10 tahun kemudian. Sekiranya kita menyimpan duit pastinya tidak mencukupi kerana kuasa beli duit kertas semakin menurun. Ia berbeza dengan emas yang kuasa belinya kekal, sekiranya kita menyimpan emas untuk masa sekarang pasti akan cukup belian rumah untuk 10 tahun akan dating. Penyimpan emas juga ada yang jenis pengumpul. Mereka tidak kisah dengan harga, tapi mereka berminat untuk mendapati koleksi emas yang limited.


Yang ketiga adalah pedagang emas. Pedagang emas akan lebih cenderung kepada keuntungan yang singkat. Pedagang emas ini akan cuba mencari emas-emas yang murah dan menjualnya kepada orang lain yang dengan harga yang mahal sedikit dari harga asal. Selain itu, mereka juga akan mencari emas dalam jumlah yang besar dan jadikannya kecil-kecil untuk dijual atau jadikan ia barang kemas untuk dijual.


Kesimpulannya, sesiapa yang memiliki emas akan mampu untuk menghasilkan kekayaan melaluinya. Oleh sebab itu emas ini dikenali sebagai magnet kekayaan dan penyimpan nilai yang baik.