SOLUSI USTAZ WAN RUMAIZI

Produk Skim Emas Bertangguh ( Bahagian 2)

1.1.4    Emas Program
Terdapat pelbagai program yang dicipta oleh para pengelola kepada memberi peluang kepada mereka yang telah pun memiliki emas jongkong/ketul untuk menjana keuntungan berlipat ganda. Program-program (pelaburan) ini datang dengan pelbagai nama, antaranya Loaded 8, Jutawanemas, Tubro, Buras dan sebagainya. Di dalam program sebegini, pengelola akan membeli emas Pamp Suisse 100g daripada pelanggan dengan harga RM20,000 (RM200/g) jauh lebih tinggi daripada harga pasaran. Separuh daripada harga tersebut dibayar secara tunai kepada pelanggan manakala bakinya pula dibayar secara ansuran dalam beberapa bulan, sebagai contoh: RM2,000 x 5 bulan.
Sepanjang lima bulan tersebut, pengelola akan memobilasikan emas yang diperolehi untuk menjana keuntungan yang secukupnya bagi membolehkan beliau untuk membayar ansuran RM2,000 beserta keuntungan lain miliknya. Seringkali dengan emas yang diperolehi, pengelola akan melakukan mobilasi modal dengan menyertai program (pelaburan) pengelola lain pula yang menawarkan pulangan yang lebih tinggi daripada harga yang ditawarkan kepada pelanggannya sendiri. Tanpa ‘parking’ didalam program pengelola lain tidak mungkin beliau akan dapat melunaskan hutang ansuran pelanggannya kerana untung daripada jualan emas secara retail kepada pengguna akhir tidaklah besar.

 


Gambarah 3: Emas Program (Loaded 8)


1.1.5    Emas Kontra
Produk ini adalah ditujukan kepada pelanggan yang tidak punyai wang yang cukup bagi memilik ketulan emas 100g. Melalui kontra, beliau hanya perlu menyerahkan sebahagian harga emas 100g Pamp Suisse untuk menikmati imbuhan bulanan secara tetap. Sebagai ilustrasi, pelanggan menyerahkan RM4,500 dan akan digunakan bersama dengan wang pengelola sendiri bagi membeli bar emas Pamp Suisse 100g lalu dimobilasikan untuk menjana untung sepertimana produk-produk emas bertangguh yang telah lepas. Pelanggan akan diberikan imbuhan bulan sebanyak RM2,000 selama lima bulan, namun beliau tidak akan mendapat emas berakhir tempoh tersebut. Ini menjadikan keuntungan “melabur” melalui produk kontra adalah RM5,500.

 


Gambarajah 4: Emas Kontra


1.1.6    Manipulasi al-Rahnu
Pada dasarnya ia bukanlah satu produk yang boleh didefinisikan bersama dengan produk-produk lain yang ditawarkan oleh pengelola, akan tetapi ia lebih kepada teknik yang digunakan oleh para pemain skim ini. Biasanya gabungan produk skim dan teknik digunakan bersama oleh para pemain bagi memaksimumkan pendapatan. Teknik ini melibatkan beberapa proses pemajakan emas secara berulang kali sehingga tiada lagi nilai emas berbaki untuk dicairkan di kedai pajak gadai Islam al-Rahnu.
Pengguna teknik ini kemudiannya akan menunggu harga pasaran emas menokok beberapa mata sebelum merungkaikan pajakan berulang tadi satu demi satu. Melalui teknik ini jika harga emas sedang menaik, para pemain bukan sahaja punyai wang yang cukup untuk membayar caj perkhidmatan kedai al-Rahnu malahan ada lebihan keuntungan pula hasil daripada beza harga semasa al-Rahnu dibuat dengan harga semasa emas ditebus.
Di dalam ilustrasi gambarajah 5 dibawah, pengguna asalnya memiliki 100g emas pada harga semasa (contoh) RM125/g. Dengan nilai emas sebegitu, dia berupaya untuk mendapatkan 60% kecairan melalui pinjaman bercagar al-Rahnu iaitu RM8,7500. Dengan beranggapan bahawa harga emas adalah statik, wang yang didapati itu akan digunakan untuk membeli emas lain lalu dicagarkan pula kepada al-Rahnu untuk memperoleh RM6,125 (60% nilai emasnya), dan begitulah seterusya sehingga tiada lagi nilai berbaki untuk dipajakgadaikan.
Teknik ini hanya akan memberi keuntungan jika harga emas menaik, akan tetapi jika harga emas turun secara berterusan daripada harga semasa al-Rahnu dibuat, pengguna akan kerugian dan seringkali tidak punyai wang yang cukup untuk menebus kembali emas-emas yang diletakkan di kedai al-Rahnu dan membayar caj perkhidmatannya. Kedai al-Rahnu seterusnya akan melelong emas-emas tersebut setelah beberapa tempoh. Pengguna akan berhadapan risiko kerugian  dan kehilangan aset nya tadi.

 


Gambarajah 5: Manipulasi al-Rahnu


1.1.7    Emas Swap
Produk ini adalah satu bentuk tawaran kepada para pemilik emas untuk menukarkan emas yang dimilik dengan aset lain sebagai ganti untuk tempoh-tempoh tertentu. Ada pengelola yang menggunakan kereta, rumah hatta tanah untuk memeterai kontrak pinjaman bertempoh tersebut. Sepanjang tempoh swap, segala perbelanjaan aset akan ditanggung sepenuhnya oleh pengelola malahan dalam kes aset tukaran swap adalah di antara kenderaan dan emas, perbelanjaan bahan bakar kenderaaan pun turut diberikan kepada pelanggan. Selepas tempoh berakhir, emas dan aset akan dikembalikan semula kepada pemilik masing-masing.
Gambarajah 6: Emas Swap
Biarpun dipasarkan sebagai jual beli emas, namun jika diperhatikan secara teliti pada paras makro, kita akan dapati bahawa keseluruhan skim emas bertangguh ini adalah kombinasi daripada beberapa peringkat mualamat:
a.    Suntikan modal daripada pelanggan
Ini berlaku samada dalam bentuk wang, seperti produk ETA dan kontra ataupun dalam bentuk emas seperti dalam produk Program dan Swap
b.    Mobilisasi Modal
Iaitu kegiatan menjana untung dan ini dijalankan oleh pengelola samada dengan menjual emas secara retail kepada pengguna akhir, ataupun dengan menyertai/membeli produk-produk skim emas bertangguh dengan pengelola-pengelola lain.


c.    Pulangan keuntungan kepada pelanggan
Keuntungan diberikan kepada pelanggan didalam bentuk emas dengan harga diskaun seperti didalam produk ETA dan Delay Order ataupun imbuhan tetap bulanan seperti di dalam produk Program, Rebat Reorder dan Swap


Gambarajah 7: Keseluruhan Produk Skim Emas Bertangguh

Produk Skim Emas Bertangguh ( Bahagian 1)

Berikut adalah diantara bentuk-bentuk produk skim ini yang ditawarkan kepada pelanggan dalam bentuk samaran jual-beli:
1.1.1    Emas ETA
Dengan meminjam istilah jadual penerbangan komersial (Estimated Time Arrival), pelanggan produk ini akan menerima emas yang dibeli daripada agen atau pengelola skim dalam tempoh yang ditetapkan. Diantara tempoh yang biasa tersedia ialah: ETA3, ETA7, ETA14, ETA30. ETA3 bermaksud: pembelian emas secara bertangguh selama tiga hari daripada tarikh pembelian dibuat, manakala ETA7 bermaksud: pembelian emas secara bertangguh selama tujuh hari dan begitulah seterusnya. Tempoh-tempoh diatas ditetapkan sepenuhnya oleh agen atau pengelola skim mengikut kemampuan mereka untuk menyerahkan produk pesanan pelanggan.
Harga yang ditawarkan kepada pelanggan melalui Skim Emas Bertangguh ini akan sentiasa rendah daripada harga pasaran. Ini adalah untuk penting untuk menarik dan mengekalkan pelanggan dan para peminat emas untuk terus berurusan dengan mereka. Untuk produk ETA secara khusus, semakin lama tempoh “menunggu” atau tempoh penyerahan emas, semakin rendah harga emas yang dijual. Ini bermaksud jika pelanggan sanggup menunggu lebih lama, mereka akan mendapat lebih untung kerana mendapat emas pada harga diskaun yang banyak. Contoh ilustrasi modus operandi produk ETA7 adalah seperti berikut:
i)    Pelanggan membeli emas Pamp Swiss 100 gram secara ETA7 pada harga RM127/g (harga pasaran: RM128/g), ini menjadikan jumlah wang yang diserahkan kepada agen/pengelola adalah RM12,700.
ii)    Pengelola akan menggunakan duit tersebut utk membeli emas Pamp Swiss 100g daripada pengelola lain yang menawarkan harga yang lebih murah; sebagai contoh RM12,200 (RM122/g). Dia akan mendapat untung RM500.
iii)    Jika kaedah ini dibuat bersama pesanan-pesanan pembeli ETA lain, pengelola boleh mendapat keuntungan hingga memampukan mereka membeli emas lain dan mengulang buat kaedah ini hingga hari ke tujuh sebelum penyerahan emas dibuat kepada pelanggan.
ETA adalah produk asas emas bertangguh, bertujuan untuk memberi peluang kepada pemain baru melangkah ke dalam dunia ‘perniagaan’ emas bertangguh dengan memiliki jongkong emas pertama mereka. Boleh dikatakan semua pemain emas bertangguh bermula dengan produk ini.

Gambarajah 1: Produk ETA

1.1.2    Emas ETA ber“buy-back”
Merupakan varian kepada produk ETA dimana jika dirujuk contoh ETA7 sebelum ini, pengelola akan menawarkan untuk membeli semula emas yang telah diserahkan kepada pelanggan apabila sampai tempoh serahan (tujuh hari) dengan harga yang lebih tinggi. Sebagai contoh, selepas menyerahkan emas Pamp Suisse yang dijual dengan harga RM127/g, pengelola akan menawarkan belian balik pada harga RM130/g menjadikan pembeli mendapatkan keuntungan RM3/g. Walaupun pada lojik yang mudah, tampak pengelola seperti kerugian kerana membeli pada harga yang lebih tinggi daripada harga jualan, namun kerugian itu akan ditimbal dengan keuntungan manipulasi semula jongkong emas nanti.

 


Gambarajah 2: ETA ber“buy-back”


Produk Skim Emas Bertangguh
Berikut adalah diantara bentuk-bentuk produk skim ini yang ditawarkan kepada pelanggan dalam bentuk samaran jual-beli:
1.1.1    Emas ETA
Dengan meminjam istilah jadual penerbangan komersial (Estimated Time Arrival), pelanggan produk ini akan menerima emas yang dibeli daripada agen atau pengelola skim dalam tempoh yang ditetapkan. Diantara tempoh yang biasa tersedia ialah: ETA3, ETA7, ETA14, ETA30. ETA3 bermaksud: pembelian emas secara bertangguh selama tiga hari daripada tarikh pembelian dibuat, manakala ETA7 bermaksud: pembelian emas secara bertangguh selama tujuh hari dan begitulah seterusnya. Tempoh-tempoh diatas ditetapkan sepenuhnya oleh agen atau pengelola skim mengikut kemampuan mereka untuk menyerahkan produk pesanan pelanggan.
Harga yang ditawarkan kepada pelanggan melalui Skim Emas Bertangguh ini akan sentiasa rendah daripada harga pasaran. Ini adalah untuk penting untuk menarik dan mengekalkan pelanggan dan para peminat emas untuk terus berurusan dengan mereka. Untuk produk ETA secara khusus, semakin lama tempoh “menunggu” atau tempoh penyerahan emas, semakin rendah harga emas yang dijual. Ini bermaksud jika pelanggan sanggup menunggu lebih lama, mereka akan mendapat lebih untung kerana mendapat emas pada harga diskaun yang banyak. Contoh ilustrasi modus operandi produk ETA7 adalah seperti berikut:
iv)    Pelanggan membeli emas Pamp Swiss 100 gram secara ETA7 pada harga RM127/g (harga pasaran: RM128/g), ini menjadikan jumlah wang yang diserahkan kepada agen/pengelola adalah RM12,700.
v)    Pengelola akan menggunakan duit tersebut utk membeli emas Pamp Swiss 100g daripada pengelola lain yang menawarkan harga yang lebih murah; sebagai contoh RM12,200 (RM122/g). Dia akan mendapat untung RM500.
vi)    Jika kaedah ini dibuat bersama pesanan-pesanan pembeli ETA lain, pengelola boleh mendapat keuntungan hingga memampukan mereka membeli emas lain dan mengulang buat kaedah ini hingga hari ke tujuh sebelum penyerahan emas dibuat kepada pelanggan.
ETA adalah produk asas emas bertangguh, bertujuan untuk memberi peluang kepada pemain baru melangkah ke dalam dunia ‘perniagaan’ emas bertangguh dengan memiliki jongkong emas pertama mereka. Boleh dikatakan semua pemain emas bertangguh bermula dengan produk ini.

 

Gambarajah 1: Produk ETA

1.1.2    Emas ETA ber“buy-back”
Merupakan varian kepada produk ETA dimana jika dirujuk contoh ETA7 sebelum ini, pengelola akan menawarkan untuk membeli semula emas yang telah diserahkan kepada pelanggan apabila sampai tempoh serahan (tujuh hari) dengan harga yang lebih tinggi. Sebagai contoh, selepas menyerahkan emas Pamp Suisse yang dijual dengan harga RM127/g, pengelola akan menawarkan belian balik pada harga RM130/g menjadikan pembeli mendapatkan keuntungan RM3/g. Walaupun pada lojik yang mudah, tampak pengelola seperti kerugian kerana membeli pada harga yang lebih tinggi daripada harga jualan, namun kerugian itu akan ditimbal dengan keuntungan manipulasi semula jongkong emas nanti.

 


Gambarajah 2: ETA ber“buy-back”

1.1.3    Emas Delay Order
Produk ini pada konsepnya sama seperti ETA, iaitu beli emas sekarang dapat kemudian. Cuma, ia berbeza dari segi jenis emas pendasar transaksi iaitu utk produk ini, biasanya barang kemas kasar digunakan dan bukannya emas jongkong/ketul seperti di dalam ETA. Jadual 1 di bawah menerangkan lebih lanjut mengenai produk ini:


Jadual 1: Ilustrasi Emas Delay Order


Sekiranya pelanggan memilih untuk menunggu tempahan/tangguhan selama satu bulan, emas 100g akan dijual pada harga RM15,000 dan sekiranya beliau sanggup menunggu lebih lama, dengan memilih lima bulan sebagai contoh, maka barang kemas kasar 100/g akan dijual dengan harga RM12,500. Manakala setelah tempoh menunggu berakhir dan serahan dibuat, beliau diberi pilihan berikut:
a.    Mengambil barang kemas kasar bersebut secara fizikal
b.    Menjual semula (buy-back) dengan harga lebih tinggi. Contoh: 100g yang dibeli pada RM15,000 dijual semula kepada pengelola dengan harga RM15,500. Dengan ini pelanggan akan mendapat keuntungan RM500 selepas menunggu selama sebulan.
c.    Reorder/ulang pesan emas dengan bermodalkan emas 100g yang baru diterima sebagai bayaran utk tempahan hadapan dan pelanggan akan menikmati rebate bulanan sebanyak RM850 sebulan.

PENIPUAN DI DALAM INDUSTRI EMAS: SATU ANALISIS DARI PERSPEKTIF FIQH

1.0    PENDAHULUAN
Sejak zaman berzaman, emas telah menjadi suatu harta yang sangat bernilai. Suatu ketika dahulu, ia telah digunakan sebagai mata wang utama dalam urusan kewangan dan perdagangan. Walaupun kini matawang emas sudah digantikan dengan wang kertas, emas terus menjadi suatu aset yang penting dan digemari ramai. Emas bukan sekadar digunakan sebagai barang kemas dan perhiasan semata-mata, malah ia juga dijadikan aset simpanan atau pelaburan. Kedudukan nilai emas yang tinggi menjadikannya suatu aset yang sangat sesuai untuk diniagakan. Pada masa kini, terdapat pelbagai bentuk perniagaan dan pelaburan yang berasaskan emas.
Secara umumnya, perniagaan dan pelaburan emas adalah aktiviti yang dibenarkan menurut undang-undang dan juga Shariah. Namun, terdapat sesetengah perniagaan dan pelaburan tersebut yang dilakukan secara tidak patuh Shariah serta melibatkan manipulasi dan penipuan. Justeru, artikel ini bertujuan untuk membincangkan bentuk-bentuk perniagaan dan pelaburan emas yang tidak patuh Shariah serta unsur-unsur manipulasi yang berlaku dalam industri emas. Perbincangan ini adalah berkaitan aspek manipulasi dan penipuan serta kesannya dalam urusan mu’amalat. Seterusnya, artikel ini turut membentangkan beberapa prinsip dan peraturan yang mesti dipatuhi dalam urusniaga emas. Beberapa bentuk perniagaan dan pelaburan yang tidak patuh Shariah serta terlibat dengan unsur-unsur manipulasi dan penipuan akan dibentangkan sebagai contoh.
2.0    PENIPUAN DARI PERSPEKTIF FIQH MU’AMALAT
Para sarjana feqah Islam telah banyak membahaskan tentang kewujudan unsur-unsur penipuan dalam urusan mu’amalat, hukum serta kesannya. Di dalam bahasa Arab, beberapa istilah seperti al-ghish, al-tadlis dan al-taghrir digunakan untuk merujuk kepada penipuan. Perkataan al-ghish membawa maksud penipuan secara umum apabila seseorang tidak memberikan nasihat yang jujur, memperelokkan sesuatu yang  tidak membawa manfaat dan menonjolkannya di sebalik sesuatu yang disembunyikan (Wizarah Al-Awqaf wa Al-Shu’un Al-Islamiyyah, 1994; ISRA, 2010). Perkataan al-tadlis dan al-taghrir pula memberi maksud yang lebih khusus iaitu menyembunyi suatu kecacatan, mendorong serta memperdaya seseorang untuk menerima suatu tawaran atau melakukan suatu kontrak dengan sangkaan bahawa tawaran atau kontrak itu membawa kebaikan atau menguntungkannya padahal hakikatnya adalah sebaliknya (Al-Zuhayli, 1985; ISRA, 2010).
Dalam urusan mu’amalat, penipuan boleh dilakukan melalui pelbagai cara. Pertama, penipuan boleh dilakukan secara lisan seperti menyatakan maklumat palsu mengenai suatu produk, menipu harga suatu barang ataupun kualiti suatu produk. Di samping itu, penipuan juga boleh dilakukan melalui perbuatan fizikal seperti menukar barang jualan dengan barang tiruan, menyadur barang kemas, menjual barang yang rosak dengan sengaja atau menggunakan wang palsu dalam transaksi kewangan. Selain itu, penipuan juga boleh dilakukan dengan cara menyembunyi suatu hakikat material seperti menyembunyikan maklumat tentang kerosakan / kecacatan sesuatu barang ataupun tidak menjelaskan terma-terma kontrak yang boleh memberi risiko kepada pihak yang berkontrak (Al-Zuhayli, 1985).
Islam mengharamkan segala bentuk penipuan dalam urusan mu’amalat, seperti contoh-contoh di atas, berdasarkan beberapa dalil syarak. Antaranya, Rasulullah S.A. W. telah melarang penipuan dalam transaksi sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Apabila kamu melakukan suatu jual-beli, maka katakanlah, jangan menipu” (Sahih Muslim, http://sunnah.com/muslim/21). Selain itu, Abu Hurairah R.A. juga telah meriwayatkan bahawa:
“Rasulullah S.A.W. telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) lalu baginda memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah S.A.W. bersabda: Apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu menjawab: Makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah S.A.W.  Seraya Rasulullah bersabda: Kenapa kamu tidak letakkan yang basah itu di sebelah atas makanan agar orang ramai dapat melihatnya; barang siapa yang menipu maka ia bukan dari (kalangan) ku.” (Al-Nawawi, n.d.; e-Muamalat. http://e-muamalat.gov.my/artikel/perkara-haram-dalam-perniagaan) 
Di dalam satu hadith lain, Hakim bin Hazim meriwayatkan bahawa Rasulullah S. A.W telah bersabda:
“Kedua-dua pihak yang berkontrak berhak untuk membatalkan kontrak tersebut selagi mana mereka belum berpisah (dari majlis akad); sekiranya mereka bercakap benar dan menyatakan segalanya dengan jelas, transaksi mereka akan diberkati; sebaliknya jika mereka menipu dan menyembunyikan sesuatu, keberkatan itu akan hilang.” (Sahih Muslim, http://sunnah.com/muslim/21) 
Berdasarkan dalil-dalil di atas, kebanyakan ulama’ menggangap penipuan dalam urusan mua’malat termasuk dalam kategori dosa besar. Bahkan, sebahagian ulama’ juga menghukumkan orang yang menipu sebagai fasiq serta hilang kelayakan sebagai saksi. Jika penipuan itu membawa kepada kerugian, mangsa penipuan tersebut berhak membatalkan kontrak serta memulangkan barang dan menuntut wangnya dikembalikan (Wizarah Al-Awqaf wa Al-Shu’un Al-Islamiyyah, 1994).
Mengumpul harta kekayaan melalui cara penipuan dalam urusniaga boleh dikira sebagai memakan harta orang lain secara batil yang dilarang oleh syarak sebagaimana firman Allah dalam ayat 29 surah Al-Nisa’ yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu”.
Skim pelaburan emas yang dijalankan pada masa kini juga tidak sunyi daripada unsur-unsur penipuan dan manipulasi. Oleh itu, syarak telah menggariskan peraturan-peraturan khusus berkaitan urusniaga emas yang perlu dipatuhi sebagaimana yang akan dibincangkan selepas ini.
3.0    PRINSIP SHARIAH DALAM PERNIAGAAN EMAS
Al-Quran telah menyebutkan tentang kecenderungan manusia terhadap harta kekayaan termasuk emas dan perak, sebagaimana firman Allah dalam ayat 14 Surah Ali-Imran yang bermaksud:
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak ... Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”
Kenyataan di atas diperkukuhkan lagi dengan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Jika sorang anak Adam itu mempunyai satu lembah emas, dia lebih suka jika dia mempunyai dua lembah emas” (Sahih Bukhari, 2001).Ayat dan hadith di atas seolah-olah memberi gambaran bahawa emas adalah harta kekayaan yang boleh melalaikan manusia. Namun demikian, Islam mengiktiraf kebebasan individu untuk memiliki harta dan mengumpul kekayaan termasuk emas selagi mana harta kekayaan tersebut diperolehi melalui cara yang diharuskan (Ayub, 2007).
Dari perspektif fiqh, emas termasuk dalam kategori barang ribawi di samping beberapa komoditi lain yang disebutkan dalam suatu hadith yang bermaksud:
“(Jual beli) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam: (syaratnya) mestilah sejenis, sama serta secara tunai. Jika jenisnya berbeza, maka juallah mengikut kehendak kamu asalkan secara tunai” (Al-Nawawi, 1994).
Hadith ini menjelaskan bahawa jual beli barang-barang ribawi sesama jenis mestilah dilakukan dalam jumlah yang sama dan secara tunai. Sebarang perbezaan dalam jumlah tukaran barang yang sama jenis atau penangguhan bayaran adalah dilarang kerana ia dikira sebagai riba al-yad. Tetapi, jika jual beli itu melibatkan tukaran dua barang yang berlainan jenis, jumlah tukaran boleh ditentukan oleh penjual dan pembeli asalkan transaksi itu dilakukan secara tunai (Al-Nawawi, 1994, Al-Suwaylim, 2013).
Mengikut pendapat ulama’ mazhab Shafi’i, emas dan perak diletakkan dalam kategori ‘thaman’ (pemegang nilai, penentu harga barangan dan medium tukaran) manakala empat jenis komoditi lain termasuk dalam ketegori makanan asasi (Al-Nawawi, 1994). Emas dan perak dikategorikan sebagai ‘thaman’ kerana kedua-duanya telah berfungsi sebagai matawang utama yang digunakan dalam urusan kewangan pada zaman Rasulullah S.A.W. dan para sahabat. Wang emas dipanggil dinar manakala wang perak pula dikenali sebagai dirham. Walaupun kini emas dan perak sudah tidak digunakan lagi sebagai matawang atau medium tukaran, hukum matawang terus terpakai ke atas kedua-duanya (Al-Suwailim, 2013).
Kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa barang ribawi tidak hanya khusus kepada enam jenis barang yang disebutkan dalam hadith di atas sahaja. Mereka berpendapat bahawa jual beli barang-barang lain yang mempunyai persamaan ‘illah atau sifat dengan mana-mana barang ribawi tersebut juga tertakluk dengan peraturan yang sama (Al-Nawawi, 1994; Saleh, 1986; Al-Suwaylim, 2013). Oleh itu, wang kertas yang digunakan pada masa kini juga termasuk dalam barang ribawi yang sama kumpulan dengan emas dan perak kerana fungsinya sama seperti matawang emas dan perak (Al-Zuhayli, 2002; Ayub, 2007; Al-Suwaylim, 2013). Pendapat ini diperkukuhkan lagi dengan resolusi di peringkat antarabangsa yang dikeluarkan oleh Majma’ Al-Fiqh Al-Islami yang menetapkan bahawa wang kertas adalah dikira sebagai matawang sebenar kerana ia juga berfungsi sebagai thaman. Oleh itu, hukum urusniaga wang kertas adalah sama seperti urusniaga emas dan perak (Majma’ Al-Fiqh Al-Islami.
Pada masa kini, kebanyakan urusniaga emas melibatkan tukaran emas dengan wang. Namun demikian, jual beli emas dengan emas, perak dengan perak atau perak dengan emas masih dilakukan. Semua transaksi sebegini termasuk dalam kontrak sarf (tukaran matawang) yang diharuskan oleh syarak. Walau bagaimanapun, keharusan kontrak ini adalah tertakluk kepada beberapa prinsip dan peraturan yang telah digariskan oleh Shariah sebagaimana yang telah dijelaskan dalam hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Antaranya, Rasulullah S.A.W. telah bersabda dalam satu hadith yang bermaksud:
“Janganlah kamu semua menjual emas dengan emas kecuali kedua-duanya sama banyak, dan janganlah kamu menjual perak dengan perak melainkan kedua-duanya sama banyak. Dan juallah emas dengan perak dan perak dengan emas sebagaimana yang kamu kehendaki” (Sahih Bukhari, 2001).
Baginda juga berkata dalam satu hadith lain yang bermaksud:
“Janganlah kamu semua menjual emas dengan emas, dan jangan (kamu jual) perak dengan perak kecuali kedua-duanya sama. Dan janganlah kamu melebihkan sebahagiannya daripada sebahagian yang lain dan jangan kamu jual sesuatu (emas atau perak) yang tertangguh (hutang) dengan yang tunai”(Al-Nawawi, 1994).
Berpandukan hadith-hadith di atas, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi dalam urusniaga emas iaitu (Al-Zuhayli, 1985):
a.    Semua transaksi jualan emas dengan emas, perak dengan perak, emas dengan perak atau emas/perak dengan wang kertas mestilah dilakukan secara tunai. Pembelian secara hutang atau ansuran adalah tidak dibenarkan.
b.    Penyerahan barang tukaran di antara penjual dan pembeli mestilah dilakukan dalam satu majlis akad.
c.    Jika emas atau perak dijual beli sesama jenis (emas dengan emas atau perak dengan perak), jumlah timbangan dari kedua-dua belah pihak mestilah sama. Contohnya, jika dijual emas dengan bayaran emas, 100g emas mestilah dibayar dengan 100g emas juga.
d.    Jika emas dijual dengan perak, jumlah timbangan boleh ditentukan oleh pihak-pihak yang berkontrak mengikut persetujuan mereka atau harga pasaran. Contohnya, 100g emas boleh dijual dengan 50g perak jika dipersetujui oleh penjual dan pembeli. Begitu juga jika emas/perak dijual dengan wang, pihak yang berkontrak bebas menentukan harga emas/perak tersebut.
e.    Kontrak jual beli emas mestilah bebas daripada khiyar syarat kerana penyerahan barang tukaran mesti disempurnakan dalam majlis akad.
Sebarang urusniaga emas yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas, seperti jual beli emas secara hutang / bayaran ansuran ataupun jual beli emas dengan bayaran tunai tetapi penyerahan emas ditangguhkan, adalah dilarang kerana termasuk dalam kategori riba al-buyu’ yang diharamkan oleh syarak. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah ulama’ yang berpendapat bahawa jual beli barang kemas (untuk perhiasan) boleh dilakukan secara bertangguh kerana syarat-syarat di atas hanya terpakai kepada urusniaga emas yang bersifat thaman seperti emas jongkong, wafer atau syiling (Ibn Qayyim, 1991; Fatwa Dewan Syariah Nasional, 2010). Pematuhan syarat-syarat di atas dalam urusniaga emas bukan sekadar bertujuan untuk memastikan kesahihan kontrak sahaja. Apa yang lebih penting ialah untuk memastikan urusniaga emas tidak dimanipulasikan bagi tujuan mengaut keuntungan secara mudah.

HUKUM TERHADAP SKIM PELABURAN EMAS BERTANGGUH

Emas sebagai aset bernilai sepanjang zaman tertentu sahaja akan dijadikan objek pemilikan secara terus, atau secara pelaburan samada jangka pendek mahupun jangka panjang. Dewasa ini di negara kita, terdapat pelbagai produk atau program berasaskan emas yang boleh dilanggani oleh para pengguna. Ini termasuklah:
a.    Akaun-akaun emas oleh institusi perbankan seperti: Maybank Gold Investment Account, CIMB Gold Investment Account, Maybank Gold Investment Account, Public Bank Gold Investment Account, UOB Gol Savings Account, Kuwait Finance House Gold Account-i, HSBC Gold Account.
b.    Emas Public Gold
c.    Emas Powergold
d.    Emas Mybulliontrade
e.    Emas Alliance Gold
f.    Emas IKGold

Sesuai dgn peredaran zaman dan kemajuan teknologi, terdapat di antara produk dan program di atas yang boleh dilanggani melalui jaringan sesawang internet dan penyerahan produk biasanya dilakukan melalui perkhidmatan pos atau penghantaran parsel ekspres. Artikel ini tidaklah bertujuan untuk merungkaikan perbahasan hukum dan analisanya kepada kesemua produk-produk emas yang berada di pasaran, akan tetapi ia lebih menyorot kepada penipuan dan manipulasi yang berlaku di dalam industri emas dan secara khususnya skim emas bertangguh yang pernah memuncak popularitinya sepanjang tahun 2013 sehinggalah ia runtuh sepenuhnya pada awal tahun 2015 ini. (Harian Metro, 10 Februari 2015)
Skim Emas Bertangguh ini menjadi pilihan fokus kerana sifat keseluruhan modus-operandinya adalah penipuan dan bukanlah berteraskan perniagaan sebenar yang berteraskan produk daripada pengilang kepada pengguna akhir. Sebaliknya ia lebih menghampiri skim ponzi, money game, skim cepat kaya walaupun dipasarkan sebagai jual-beli emas.
4.1    Produk Skim Emas Bertangguh

Berikut adalah diantara bentuk-bentuk produk skim ini yang ditawarkan kepada pelanggan dalam bentuk samaran jual-beli:
4.1.1    Emas ETA

Dengan meminjam istilah jadual penerbangan komersial (Estimated Time Arrival), pelanggan produk ini akan menerima emas yang dibeli daripada agen atau pengelola skim dalam tempoh yang ditetapkan. Diantara tempoh yang biasa tersedia ialah: ETA3, ETA7, ETA14, ETA30. ETA3 bermaksud: pembelian emas secara bertangguh selama tiga hari daripada tarikh pembelian dibuat, manakala ETA7 bermaksud: pembelian emas secara bertangguh selama tujuh hari dan begitulah seterusnya. Tempoh-tempoh diatas ditetapkan sepenuhnya oleh agen atau pengelola skim mengikut kemampuan mereka untuk menyerahkan produk pesanan pelanggan.

Harga yang ditawarkan kepada pelanggan melalui Skim Emas Bertangguh ini akan sentiasa rendah daripada harga pasaran. Ini adalah untuk penting untuk menarik dan mengekalkan pelanggan dan para peminat emas untuk terus berurusan dengan mereka. Untuk produk ETA secara khusus, semakin lama tempoh “menunggu” atau tempoh penyerahan emas, semakin rendah harga emas yang dijual. Ini bermaksud jika pelanggan sanggup menunggu lebih lama, mereka akan mendapat lebih untung kerana mendapat emas pada harga diskaun yang banyak. Contoh ilustrasi modus operandi produk ETA7 adalah seperti berikut:
i)    Pelanggan membeli emas Pamp Swiss 100 gram secara ETA7 pada harga RM127/g (harga pasaran: RM128/g), ini menjadikan jumlah wang yang diserahkan kepada agen/pengelola adalah RM12,700.
ii)    Pengelola akan menggunakan duit tersebut utk membeli emas Pamp Swiss 100g daripada pengelola lain yang menawarkan harga yang lebih murah; sebagai contoh RM12,200 (RM122/g). Dia akan mendapat untung RM500.
iii)    Jika kaedah ini dibuat bersama pesanan-pesanan pembeli ETA lain, pengelola boleh mendapat keuntungan hingga memampukan mereka membeli emas lain dan mengulang buat kaedah ini hingga hari ke tujuh sebelum penyerahan emas dibuat kepada pelanggan.

ETA adalah produk asas emas bertangguh, bertujuan untuk memberi peluang kepada pemain baru melangkah ke dalam dunia ‘perniagaan’ emas bertangguh dengan memiliki jongkong emas pertama mereka. Boleh dikatakan semua pemain emas bertangguh bermula dengan produk ini.


Gambarajah 1: Produk ETA