TAZKIRAH

KHURAFAT

(Oleh Pn. Sumarina)

1. Pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.

2. Di antara faktor-faktor yang mendorong berlakunya khurafat ialah :
a). Mudah mempercayai benda-benda tahyul
b). Kecetekan ilmu agama
c). Terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda.

 AKIDAH Islam adalah antara cabang ilmu Islam yang penting dalam kehidupan setiap umat kerana ia berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah. Malah, ilmu akidah, ilmu fardu ain yang wajib dituntut dan dipelajari.

Biarpun konsep akidah Islam mudah difahami dan dihayati, masih ramai umat Islam terpengaruh dengan kepercayaan khurafat yang karut-marut yang diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang terdahulu.

Pada hal, amalan khurafat adalah bertentangan dengan akidah Islam sekali gus menjejaskan iman seseorang atau menyebabkan syirik kepada Allah, iaitu salah satu dosa yang tidak diampuni Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar."  Surah al-Nisa’, ayat 48)

Antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat, ia tidak bersumberkan nas syarak sama ada daripada al-Quran mahu pun hadis; cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut; didasarkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam; berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah Islam; mengguna objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu dan ada unsur negatif pada akidah dan syariat Islam.

 Allah berfirman bermaksud: "Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)." (Surah Yunus, ayat 106)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menemui tukang tilik dan menanyakan sesuatu kepadanya, lalu terus percaya terhadap apa yang dikatakannya, maka dia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad." (Hadis riwayat Ahmad dan Hakim)

Islam melarang keras sebarang amalan khurafat sama ada melalui perkataan, perbuatan, adat mahu pun kepercayaan yang tidak selari dengan konsep akidah Islam.

Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia akhirat.

SEJARAH KELAHIRAN NABI & IKTIBAR

( Oleh Pn. Khalisah)

Alhamdulillah, tahun ini kita sempat lagi bertemu dengan 12 Rabiul awal, satu peristiwa besar dalam sejarah atau sirah nabi iaitu sempena Kelahiran Baginda SAW.
Umum masyarakat Islam tahu bahawa Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW telah diperanakkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi.
DUNIA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
Ahli sejarah dan para ulama' yang mengarang buku2 sirah nabi pasti memulakan kisah kelahiran nabi junjungan dengan menceritakan keadaan latar belakang sejarah dunia ketika itu.
Dunia ketika itu terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Rom mewakili dunia penganut agama Nasrani dan Parsi mewakili penganut Majusi()penyembah Api). Dalam buku Sejarah Islam hasil tulisan Professor Hamka, digambarkan bahawa masyarakat dunia ketika berada dalam kemusnahan akhlak yang dahsyat tak kira sama ada di Barat mahu pun Timur. Kaum wanita dianggap masyarakat kelas dua. mereka dilayan sebagai alat pemuas nafsu seks semata-mata. Mereka diperdagangkan. Perjudian dan arak adalah perkara biasa dan bukan dianggap suatu keaiban. Kalau di China umpamanya, anak perempuan dan isteri boleh dijadikan bayaran hutang judi. Manakala di India, wanita yang berkahwin hendaklah membakar diri sekiranya suaminya meninggal.
Lebih teruk di Semenanjung Tanah Arab, melahirkan anak perempuan merupakan suatu kehinaan di sisi masyarakat dan mereka saanggup membunuh anak perempuan bagi menjaga maruah di sisi kaum mereka. Peperangan dan pembunuhan adalah perkara biasa. Bangsa Arab kucar kacir,tidak mempunyai pemimpin berpusat bagi negara kerana mereka lebih bangga dengan suku kaum masing-masing. Pertelingkahan yang memakan masa berkurun lamanya adalah perkara biasa juga walaupun berlaku perselisihan faham yang kecil sahaja seperti binatang ternakan mati.
Ringkasnya, dunia sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, berada dalam kegelapan moral dan tauhid walaupun tertegaknya dua Tamadun manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi.

KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH
Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman.

Bapa nabi Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika Nabi masih enam bulan dalam kandungan.

Diceritakan bahawa ketika baginda dilahirkan, Nabi tidak menangis sebagaimana bayi2 normal. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi, api sembahan kaum majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba2.Dan apabila nabi berpaling ke arah ibu kota Rom, istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu.

Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira apabila hambanya Suwaibah membawa berita kelahiran anak saudaranya lalu dibebasnya Suwaibah. Abu Lahab menyambut kelahiran nabi dengan membuat kenduri besar2an di Mekah. Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidak pun merasa sakit.

Perkara2 pelik yang berlaku merupakan mukjizat kenabian yang ALLAH tunjukkan bagi tujuan supaya masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan kenal dengan nabi. Ia juga sebagai suatu hikmah di mana ia dapat menjawab segala tohmahan para orientalis yang ingin merosakkan nama baik dan peribadi nabi, yang sebenar
PENGAJARAN/IKTIBAR

1.Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW waktu lahir hinggalah dibesarkan oleh Abu Talib bapa saudaranya yang tersayang menggambarkan kepada kita betapa hidup baginda penuh dengan liku2. Menjadi anak yatim pada usia mentah memang suatu dugaan besar baginya. Ini membentuk jiwa yang kental dan tabah.
2.Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran dan sepanjang zaman kanak2 baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan. ALLAH menghendaki Nabi Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas muka bumi sejak kecil lagi agar hujah orientalis barat dan orang 2 yang berniat jahat terhadap Muhammad dapat dipatahkan dgn mudah.
3.Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad itu memang digalakkan untuk kita umat Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh menyambutnya dengan memperbanyakkan solawat dan ibadah khusus2 yang dibuat oleh Nabi Muhammad sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud;
"Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu cintakan ALLAH, maka ikutlah aku, nescaya ALLAH akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa2 kamu, Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
Dan bukan pula menyambutnya dengan mengadakan acara yang bercanggah dengan Islam umpamanya bercampur gaur lelaki perempuan berarak menyambut Maulid Nabi.
4.Pernah suatu ketika apabila nabi melihat Yahudi berpuasa Asyura sempena mengingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Fir'aun dan bala tenteranya ketika melintasi laut merah, Nabi sendiri bersabda, "Kami adalah lebih berhak daripada kamu tentang Musa(amalan berpuasa)." Maknanya nabi sendiri mengiktiraf peringatan peristiwa agama. Maka sudah tentulah kita umat Islam lebih2 lagi perlu mengingati kelahiran nabi.
5.Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya sebagaimana firman ALLAH;
"Dan apa2 yang datang daripada Rasul , maka ambillah. Dan apa2 yang ditegahnya kamu daripadanya, maka hindarkanlah."
6.kita juga sepatutnya menghayati sifat2 yang ada pada diri rasulullah sebagaimana yang disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya sahabat bagaimanakah akhlak nabi. maka dijawabnya bahawa Akhlak nabi ialah al Qur'an. antara sifat2 yang perlu dicontohi ialah Berani, amanah, bercakap benar, menyampaikan dakwah, dan cerdik/bijaksana.
7.Terakhirnya, kita harus menyusuri kisah perjuangan nabi sepanjang bergelar Rasulullah dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri. nya dipelihara oleh ALLAH semenjak lahir lagi.

10 RUKUN BAI'AH

(oleh En.Nubli)

1. Al-FAHM
Iaitu faham dan seterusnya meyakini bahawa fikrah kita adalah Fikrah Islamiah yang sebenar. Kefahaman adalah kunci kepada keselamatan dan kejayaan dakwah kita kerana tidak mungkin Islam itu diperjuangkan oleh mereka yang tidak memahami Islam itu sendiri. Pepatah Arab pernah menyebut (ﻪﻳﻁﻌﻳﻻ ﺀﻲﺷﻟﺍﺩﻗﺎﻓ) yang bermaksud “orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mungkin dapat memberinya”.
Kefahaman yang dikendaki di dalam Rukun Bai’ah ini meliputi pecahannya yang dikenali sebagai al-Usool al-Isyreen (Usul 20) oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna.


2. AL-IKHLAS
Keikhlasan di sini bermaksud petugas Amal Islami mestilah meletakkan qasad atau niat pada perkataan dan perbuatannya secara menyeluruh kerana Allah, tanpa mempunyai apa-apa maksud terhadap keinginan harta, kemegahan atau gelaran. Dengan demikian itu jadilah ia Jundi (tentera) Fikrah dan Aqidah, bukannya jundi kemaslahatan.


3. AL-AMAL
Petugas hendaklah bekerja dan melaksanakan kefahamannya serta merealisasikannya sebaik mungkin. Amal di sini meliputi pengelokan diri, pembentukan rumahtangga Muslim, pendidikan masyarakat, pembebasan tanah air, pengislahan pemerintahan dan mengembalikan kedaulatan Islam di peringkat antarabangsa sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu keseluruhannya bagi Allah (al-Anfaal: 39)


4. AL-JIHAD
Iaitu jihad yang kewajipannya berlangsung sehingga ke hari Kiamat. Ia merujuk kepada Hadith (ﺔﻳﻟﻫﺎﺟﺔﺘﻳﻣ ﺖﺎﻣﻭﺯﻐﻠﺍﻮﻧﻳﻡﻟﻭ ﺰﻐﻳ ﻢﻟﻭ ﺖﺎﻣﻥﻣ) yang bermaksud “Barangsiapa mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak pernah berniat untuk berperang jihad, maka matinya adalah mati jahiliah”.


5. AT-TADHIYYAH
Iaitu pengorbanan. Ia meliputi pengorbanan diri, harta, masa, hayat dan segala-galanya di jalan matlamat.


6. AT-THA’AH
Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah ketaatan di dalam mematuhi perintah pimpinan dan melaksanakannya sama ada di dalam keadaan susah atau senang. Ketaatan ini dipagari oleh batas-batas perkara yang duduk di bawah ketaatan kepada Allah dan Rasul.


7. AT-TSABAT
Tsabat yang dikehendaki di sini adalah berkekalannya petugas Amal Islami bekerja dan berjihad ke arah merealisasikan matlamatnya tanpa diganggu gugat oleh panjangnya masa dan berleretan tempoh sehinggalah ia mati bertemu Allah. Dengan demikian itu ia berhasil memperolehi salah satu daripada dua kebaikan iaitu tercapainya kemenangan atau syahid.


8. AT-TAJARRUD
At-Tajarrud bermaksud seorang Petugas Amal Islami itu menyempurnakan fikrahnya tanpa terpengaruh, terganggu atau terbawa-bawa dengan apa-apa campur aduk anasir yang berada di luar fikrahnya sama ada anasir itu berbentuk pengaruh idea, prinsip mahu pun individu. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati bahawa fikrah kita adalah fikrah tertinggi, mulia dan sempurna.


9. AL-UKHUWWAH
Apa yang dikehendaki daripada Ukhuwwah di sini adalah ikatan hati dan jiwa sesama petugas Amal Islami dengan ikatan Aqidah. Sesungguhnya ikatan Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan.


10. ATS-TSIQAH
Kepercayaan yang dimaksudkan di sini adalah tenteramnya hati seorang Jundi itu kepada pemimpinnya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu. Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat dan taat.

Wassalam.

Tajamnya Lidah

(oleh Cik. Naziah) 20 Safar 1438H

Lidah atau lisan dalam bahasa Arab merupakan anggota yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Kemampuan lidah bukan hanya untuk bertutur, malah ia sangat penting dalam proses pemakanan yang boleh menentukan kelangsungan seseorang untuk meneruskan kehidupan. Tanpa disedari juga, lidah boleh membawa bahaya yang sangat besar. Sejarah telah membuktikan bagaimana manusia sanggup berbunuhan kerana kelancangan lidah yang tidak terkawal.

Ibarat pepatah Melayu, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya”, begitulah juga realiti yang berlaku sejak bermulanya sejarah kemanusiaan. Darah yang tertumpah kerana lancang lidah bersuara, persaudaraan yang terputus kerana bicara lidah yang tidak bertunjangkan kebenaran dan dendam kesumat yang tidak pernah padam kerana tajamnya lidah mengeluarkan kata nista adalah sebahagian daripada fenomena yang berlaku saban hari.

 Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”

Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka. Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.

 

Wassalam

Rahsia di sebalik Bulan Muharam

(En. Zakri)

•    Muharram merupakan bulan yang pertama dalam tahun islam (hijrah).
•    Sebelum peristiwa hijrah rasulullah s.a.w dari mekah ke madinah kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi.
•    Peristiwa hijrah rasulullah telah memberi kesan yang besar kepada islam sama ada dari sudut dakwah, ukhwah dan syiar islam itu sendiri.
•    Muharram bermaksud diharamkan oleh allah s.w.t melakukan perang atau pertumpahan darah.
•    Salah satu bulan-bulan haram dalam islam ialah Zulkaedah, zulhijjah, muharram dan rejab.
Peristiwa penting bulan muharram
1.    Pada bulan muharram khalifah umar al-khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam hijrah.
2.    10 muharram juga dinamakan hari Asyura kerana banyak peristiwa penting yang terjadi yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
Peristiwa 10 muharram
1.    Nabi idris diangkat oleh Allah s.w.t ke langit.
2.    Nabi Ibrahim diselamatkan Allah s.w.t dari pembakaran Raja Namrud.
3.    Allah menurunkan kitab taurat kepada Nabi Musa.
4.    Nabi yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada dalamnya selama 40 hari 40 malam.
5.    Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan nabi musa dan pengikutnya daripada tentera firaun.
6.    Allah s.w.t menjadikan Luh Mahfuz.
7.    Nabi Isa diangkat ke langit.
Perkara sunat yang digalakkan pada bulan muharram
1.    Puasa sunat
-    Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud “ puasa yang paling utama selepas ramadan ialah bulan Allah, muharram dan solat yang paling utama selepas solat fardu ialah solat malam”. ( hadis riwayat imam musli, abu daud at-tirmizi)
-    Juga disunatkan berpuasa 9 dan 10 muharram.
-    10 muharram atau dikenali sebagai hari Asyura mempunyai nilai sejarah yang tersendiri.
-    9 muharram disunatkan berpuasa sebagai mukhalafah (membezakan) antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 muharram.
-    Ibnu abbas berkata “ apabila rasulullah s.a.w berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata “ wahai rasulullah, ini ialah hari yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani maka rasulullah s.a.w berkata “ pada tahun  hadapan insyallah kita akan berpuasa pada hari kesembilan, maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah rasulullah s.a.w.” ( di riwayatkan oleh muslim dan abu daud).
Bubur Asyura (masyarakat Melayu)
-    Pelaksanaan bubu Asyura sepatutnya perlu dijelaskan bahawa program bubur Asyura adalah tidak lebih dari program gotong-royong dan makan berjemaah yang sememangnya digalakkan dalam islam.
-    Sebaliknya menjadi suatu kesalahan sekiranya menganggap bahawa membuat bubur tersebut adalah suatu sunah daripada rasulullah s.a.w.
-    Kerana ia tidak bersandarkan kepada hujah yang jelas daripada agama.
Kesimpulan
-    Tingkatkan lah amalan kita di bulan seperti ini dan ambillah iktibar daripada sirah-sirah rasulullah s.a.w melalui peristiwa hijrah dan dakwah baginda.

Wassalam

Tiga perkara untuk mendapat kemanisan Iman

(oleh En. Huzairie)

"Tiga perkara yang apabila terdapat di dalam jiwa seseorang, maka dia akan merasai kemanisan Iman: Bahawa Allah SWT dan Rasulnya SAW terlebih kasih kepadanya dari segala yang lain, Dia mencintai seseorang tiada lain kecuali kerana Allah SWT, Dia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Manhaj amali ini menetapkan tiga perkara dasar untuk mendapatkan kemanisan Iman.....
1) Cinta yang murni khusus hanya untuk Allah SWT dan Rasulnya SAW.

Setiap Muslim mesti bertanya dirinya sendiri kenapa cinta dan kesetiaan diserahkan hanya untuk Allah taala dan Rasulnya SAW?

Hal ini disebabkan faktor-faktor berikut:
Kerana Allah SWT satu-satunya sang pencipta bagi seluruh alam ini; termasuk manusia dan jin.
Kerana Allah SWT telah menganugerahkan ke atas seluruh makhluknya nikmat sama ada yang zahir mahupun batin.
Kerana Dia-lah Allah SWT yang menundukkan seluruh makhluknya untuk kemaslahatan manusia.
Kerana Dia-lah Allah SWT yang telah menetapkan hukum dan manhaj sesuai dengan kudrat manusia.
Kerana Dia-lah Allah SWT yang menjawab permohonan orang yang mengalami kesempitan sehingga terhindar ia dari mara bahaya dan keburukan dari manusia.
Kerana seluruh makhluk memerlukan Allah SWT dan Dia-lah satu-satunya tempat pergantungan dalam semua keadaan.
Nabi Muhammad SAW merupakan orang yang paling berhak mendapatkan cinta dan kesetiaan kerana baginda adalah manusia yang sempurna yang terpelihara dari kesalahan dan suci dari perbuatan dosa.

Ketaatan kepada Rasulullah SAW merupakan ketaatan kepada Allah SWT.
Kerana Sunnah Rasulullah SAW menduduki tingkatan kedua dalam dasar hukum Islam selepas al-Quran.
Kerana Rasulullah saw adalah 'qudwah hasanah' bagi orang-orang beriman.
Kerana baginda saw telah melaksanakan amanah risalah dengan sempurna, memberi nasihat untuk seluruh ummah, telah berjihad di jalan Allah SWT dengan jihad yang benar sehingga Islam tegak di Jazirah Arab sebagai Daulah Islam

2) Persaudaraan yang benar kepada jemaah  kaum  Muslimin.

Persaudaraan merupakan tunjang utama kepada pembentukan kepada jemaah daulah islamiah. Hubungan persaudaraan Muslim akan membawa kepada perasaan cinta sesama sahabat kerana Allah. Dalam perasaan cinta begini lah akan lahirnya pengorbanan. Sahabat islamiah akan sentiasa melebihkan sahabatnya dalam semua perkara daripada dirinya sendiri. Kita boleh ambil contoh daripada kisah-kisah persahabatan rasulullah saw dengan sahabat-sahabatnya yang boleh dijadikan  iktibar oleh kita semua.

3) Kebencian terhadap sumber-sumber kekufuran dengan segala macamnya dan menjauhi mereka yang sesat.

Antara perkara yang membawa kepada kemanisan iman ialah menjauhi daripada kekufuran dan kesesatan kepada Allah S.W.T . dosa yang mana tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T adalah syirik kepada allah. Oleh itu jauhilah setiap perkara yang membawa kepada kesesatan kepada Allah S.W.T. Selain itu setiap kemungkaran yang kita nampak hendaklah kita mencegahnya. Menjadi hukum wajib kepada kita melaksanakannya. Orang yang baik hubungannya dengan Allah S.W.T ialah orang kurang melakukan kemungkaran kepada Allah S.W.T.
Kesimpulan
Sebagai hamba Allah, kita janganlah sesekali mempertikaikan ape yang dilakukan oleh Allah kepada kita. Janganlah kita sentiasa membandingkan nikmat yang Allah beri kepada kita dengan orang yang lebih bernasib baik. Tapi lihatlah nasib orang kurang daripada kita supaya kita lebih bersyukur dengan ape yang Allah beri. Allah akan sentiasa menguji hambanya kerana ingin tahu setakat mana hubungan kita dengan Allah. Kita adalah sebaik-baik umat, iaitu umat nabi Muhammad saw. Syafaat Rasulullah SAW adalah syafaat terbesar di akhirat kelak. Oleh itu sentiasalah kita berselawat ke atas baginda supaya timbulnya rasa cinta dalam diri ini kepada baginda Rasulullah SAW.

 

Wasslam

Antara orang yang mendapat doa malaikat

(Oleh En Aiman)

 1. Orang yang tidur dalam keadaan suci.

“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: ya allah, ampunilah hamba-mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ya allah sayangilah ia.”

3. Orang yang berada di saf hadapan dalam solat berjemaah.

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf dalam solat berjemaah.

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan amin setelah habis al-fatihah.

“Jika seorang imam membaca (ayat terakhir al-fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk tempat solatnya setelah selesai solat.

“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yangmelakukan solat subuh dan asar secara berjemaah.

“Kalangan malaikat berkumpul pada solat subuh dan asar dan Allah bertanya kepada malaikat: bagaimana kalian meninggalkan hambaku? Mereka menjawab: ‘ kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya.

“Doa seorang muslim untuk saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘amiin’ dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.

9. Orang yang membelanjakan harta.

“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya keciali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak”

10. Orang yang makan sahur bagi yang berpuasa.

“Sesungguhnya Allah S.W.T. dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang menjenguk dan melawat orang sakit.

“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah S.W.T. akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga subuh.”

Maksud doa di antara dua sujud "Wahai Tuhanku ampuni dosaku, sayangilah diriku, tutuplah segala kekuranganku, tinggikan lah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, berikanlah kesihatan kepadaku dan aku memohon kesalahanku dihapuskan".

KESIMPULAN

Kita sebagai manusia akan dihisab selepas mati pada waktu itu semua anggota badan kita yang akan bercakap dan semua sekali akan dikira oleh Allah S.W.T. atas perkara yang kita lakukan di dunia. Oleh itu kita perlulah sentiasa muhasabah diri kita supaya menjadi lebih terbaik, sentiasalah mengamalkan selawat dan bacaan al- mathurat untuk mendapat rahmat Allah S.W.T. Ini kerana syurga itu merupakan rahmat daripada Allah S.W.T.

 

Wassalam

7 Rukun Ukhwah Islamiah

(Oleh En Huzairi)
 1.    Taaruf
Taaruf bermaksud saling kenal mengenali antara satu sama lain dengan sahabat dari segi jasad, jiwa dan sifat. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam surah al- hujurat ayat 13 yang bermaksud :
“ kamu dari seorang laki-laki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi mahal mengenal”.
2.    Ta-alluf
Ta-alluf bermaksud kesatuan hati, apabila kita mula mengenal sahabat kita maka disitulah akan bermulanya kesatuan hati antara sahabat. Kesatuan hati menjadi keperluan ukhwah islamiah kerana ia akan menghubungkan dari hati ke hati setiap individu muslim yang mana disinilah akan terbinanya persahabatan islamiah.
3.    Tafahum
Tafahum bermaksud saling memahami. Apabila kita mula kenal, bersatu hati dan maka kita perlulah saling memahami antara satu sama lain. Kita perlu faham hati budi sahabat kita dan begitulah sebaliknya. Apabila kita faham sahabat kita, kita akan tahu apa yang dia perlu apa yang dia tak suka dan sebagainya. Maka disinilah akan timbul perasaan cinta dalam persahabatan itu.  
4.    Tanashuh
Tanashuh bermaksud saling nasihat menasihati. Sebagai seorang muslim, kita perlulah saling nasihat menasihati sekiranya ada perkara yang tidak betul dilakukan oleh sahabat kita. Kita tidak boleh biarkan sahabat kita terus menerus melakukan kesalahan atau kemungkaran.
5.    Ta’awun
Ta’awun bermaksud saling tolong-menolong. Ukhwah islamiah amat menekankan tolong-menolong antara sahabat. Kita boleh lihat contoh ukhwah islamiah yang diterapkan oleh imam hasan al-banna yang mana ada sahabat yang hidupnya sederhana sanggup menjual basikalnya yang merupakan sumber pencarian rezekinya semata-mata untuk membantu ikhwanul Muslimin dari segi kewangan.
6.    Takaful
Takaful bermaksud merasa senasib. Ia bermaksud kita dapat merasa apa yang sahabat kita rasa. Sebagai contoh apabila sahabat kita susah, kita juga akan turut sama merasai kesusahan itu dan akan timbullah sikap bantu-membantu antara sahabat.
7.    I’tsar
I’tsar bermaksud mendahulukan saudara. Inilah peringkat tertinggi dalam rukun ukhwah dan akan tercapainya kemanisan iman kepada individu muslim yang mana dapat melebihkan sahabatnya daripada dirinya sendiri. Sebagai contoh kita boleh lihat sejarah perang badar. Dalam perang badar tersebut tentera-tentera islam yang sedang nazak sanggup tidak meminum air kerana mendahulukan sahabatnya yang lain untuk minum air sehinggakan semuanya syahid.
Kesimpulan
Sebagai seorang individu muslim kita perlulah sentiasa muhasabah diri kita ke arah kebaikan dan sentiasa menjaga ukhwah sesama muslim. Janganlah kita bersikap hipokrit iaitu berpura-pura dalam membuat kebaikan. Seorang sahabat dia akan sentiasa melebihkan sahabatnya dan sentiasa saling tegir menegur antara satu sama lain supaya sama-sama berjaya di dunia dan akhirat.
 
Wassalam.