BULETIN SEMASA

3 JENIS PEMINAT EMAS

1.    Pelabur Emas       2.    Penyimpan emas      3.    Pedagang emas


Setiap orang akan menggemari emas kerana emas mempunyai daya penarik yang tinggi. Tapi kebiasaannya penggemar-penggemar Emas ini tidak tahu bahawa dimana kedudukan mereka, apa yang mereka boleh jadikan dengan emas.


Antara penggemar-penggemar emas ada 3 jenis iaitu pelabur emas, penyimpan emas dan pedagang emas. Setiap perkara yang kita buat dengan emas akan mencerminkan kita di dalam kategori yang mana.


Yang pertama adalah pelabur emas. Pelabur emas adalah orang yang lebih memandangkan dari segi keuntungan duit kertas. Cara mereka adalah dengan ‘Buy Low’ dan ‘Sell High’. Mereka akan menjadikan emas sebagai medan pelaburan untuk menghasilkan duit yang banyak. Pelabur-pelabur emas ini biasanya memerlukan modal yang besar untuk menjana keuntungan.


Yang kedua adalah penyimpan emas. Penyimpan emas adalah orang yang menjadikan emas sebagai simpanan untuk jangka masa panjang. Selalunya penyimpan emas ini sedar bahawa emas ini dapat menjadi pelindung kepada harta mereka. Mereka akan terus menyimpan emas sehingga mencapai sesuatu perkara yang mereka ingin capai. Sebagai contoh jika kita ingin membeli rumah untuk 10 tahun kemudian. Sekiranya kita menyimpan duit pastinya tidak mencukupi kerana kuasa beli duit kertas semakin menurun. Ia berbeza dengan emas yang kuasa belinya kekal, sekiranya kita menyimpan emas untuk masa sekarang pasti akan cukup belian rumah untuk 10 tahun akan dating. Penyimpan emas juga ada yang jenis pengumpul. Mereka tidak kisah dengan harga, tapi mereka berminat untuk mendapati koleksi emas yang limited.


Yang ketiga adalah pedagang emas. Pedagang emas akan lebih cenderung kepada keuntungan yang singkat. Pedagang emas ini akan cuba mencari emas-emas yang murah dan menjualnya kepada orang lain yang dengan harga yang mahal sedikit dari harga asal. Selain itu, mereka juga akan mencari emas dalam jumlah yang besar dan jadikannya kecil-kecil untuk dijual atau jadikan ia barang kemas untuk dijual.


Kesimpulannya, sesiapa yang memiliki emas akan mampu untuk menghasilkan kekayaan melaluinya. Oleh sebab itu emas ini dikenali sebagai magnet kekayaan dan penyimpan nilai yang baik.

FAKTA EMAS

Emas merupakan sejenis logam berwarna kuning yang tidak tercemar dimamah air, udara, panas atau sejuk, tidak berkarat, luntur, reput atau kusam. Pada masa yang sama ia bersifat lembut yang dapat dibengkokkan, ditebuk, di tegang dan dipintal. Tambahan lagi ia bersinar seperti cahaya matahari terbenam dan tahan selama-lamanya. Ia ada di setiap benua, tetapi dalam masa yang sama ia sukar didapati. Nama Latinnya ialah aurum yang bermaksud sinaran fajar.

Kita memanggilnya Emas. Ia telah membuatkan manusia kagum sejak beribu-ribu tahun lalu. Emas memudahkan dagangan, membiayai bangunan-bangunan tinggi, membangunkan negara-negara dan juga membantu membangunkan empayar. Sedangkan pada waktu yang sama manusia bertelingkah, berbunuhan dan juga memusnahkan tamadun demi mendapatkannya.

Emas boleh kekal selama bertahun-tahun, kemudian muncul dan bersinar kembali. Ini lah kisah emas yang terus menerus dimainkan sejak ia bermula ditemui beribu-ribu tahun yang lalu.

Emas sentiasa meningkat nilainya dalam jangka masa yang panjang.  Kenapa perkara sebegini boleh berlaku?? Ini kerana wang fiat lama-kelamaan nilainya akan menjadi kosong dan tahun saban tahun nilainya semakin rendah dan inflasi semakin tinggi. Emas merupakan objek berharga yang kalis inflasi.

Dikala berlaku kegawatan ekonomi, Emas akan menjadi sambutan orang ramai kerana mereka sedar tiada apa lagi yang bernilai dikala ekonomi merudung dan masalah politik berlaku. Emas merupakan international currency yang boleh digunakan seluruh dunia tanpa perlu kepada penukaran.

Institusi kewangan melalui Emas akan lebih adil dan saksama kerana tiadanya riba’ dalam Emas dan ekonomi lebih stabi berbanding penggunaan wang fiat. Wang fiat merupakan kuasa penuh ke atas pemerintah. Sekiranya pemerintah mengatakan ia tidak sah, maka tidak sah lah wang fiat itu.

Kesimpulannya orang yang menjadikan simpanannya dalam bentuk Emas adalah orang yang bijak dan mempunyai kesedaran, bagi sesiapa yang berusaha mengumpul wang kertas, dia merupakan orang yang rugi.

Faktor yang mempengaruhi harga emas

1.    Perubahan nilai
-    Nilai dalam hal ini ialah nilai yang banyak digunakan oleh masyarakat dunia, iaitu dollar as. Jika nilai dollar as mengalami penurunan atau merosot, keadaan tersebut akan mempengaruhi harga dunia, termasuklah emas. Hal ini kerana para pelabur memilih untuk menjual matawang dollar milik mereka, kemudian membeli emas yang dinilai mampu melindungi nilai aset yang mereka miliki.

2.    Situasi politik dunia
-    Keadaan politik dunia yang sedang bergolak atau tidak menentu juga dapat menjadikan harga emas naik. Misalnya, 8 tahun yang lalu terjadinya peristiwa yang membuat keadaan politik dunia tidak menentu, iaitu serangan pengganas ke bangunan WTC amerika syarikat dan penyerangan AS ke atas Iraq pada tahun 2003. Lantaran hal itu, harga emas naik mendadak. Hal ini kerana para pelabur beralih wang dan saham mereka kepada emas. Disebabkan itu permintaan emas melonjak tinggi. Dan harganya pun melambung kerana permintaan yang banyak.

3.    Pembekal dan permintaan
-    Satu daripada contoh yang dapat mempengaruhi pembekal dan permintaan (supply and demand) emas ialah peristiwa yang terjadi pada pertengahan tahun 1980. Ketika itu, penjualan awal oleh perusahaan perlombongan selalu dipersalahkan di atas berlaku kenaikan harga emas. Padahal dalam konsep perniagaan, perilaku perusahaan melakukan kepandaian tersebut ketika harga emas meningkat, perusahaan itu dapat menyelamatkan harga keluaran lombong pada harga yang cukup menarik.
-    Contohnya ketika pertengahan tahun 1998 ketika harga emas terus merosot. Ketika itu, bank-bank pusat di eropah menyatakan akan mengurangkan pengumpulan emasnya denagn rencana pembekuan matawang euro. Harga emas langsung menurun sekitar 290 dollar per troy ounce.

4.    Tarif faedah
-    Ketika tahap tarif faedah naik, ada usaha yang besar untuk menyimpan wang pada deposit berbanding emas yang tidak menghasilkan faedah. Hal ini tentu sahaja boleh memberikan tekanan terhadap harga emas sehingga nilainya turun. Begitu juga sebaliknya, ketika tarif faedah turun, harga emas cenderung naik

EMAS TIDAK BOLEH DIMANIPULASIKAN


Kuantiti emas tidak boleh dimanipulasikan oleh mana-mana kerajaan walaupun kerajaan sebesar America sekali pun. Ini kerana emas perlu dicari, dilombong, dibentuk dan ditulenkan. Ia tidak boleh suka-suka dibuat seperti wang kertas yang boleh dicetak sesuka hati. Pembentukan emas merupakan proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas @ wang fiat (fiat merujuk kepada wang yang tidak
bersandarkan benda berharga seperti emas dan perak).

Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Apabila
jumlah cetakan terlalu tinggi, dan berlakulah lambakan duit kertas yang berlaku seperti di Zimbabwe, maka nilai wang kertas akan merosot.

Peningkatan kemerosotan nilai wang kertas akan mengakibatkan hyperinflasi dan
akhirnya wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.

Penggunaan wang fiat membolehkan kerajaan menguasai kekayaan negara dan
memanipulasikan kekayaan negara. Ini kerana kerajaan boleh menggunakan akta-akta bagi
mengiktiraf kertas/syiling sebagai wang yang sah. Kerajaan juga boleh menarik balik
pengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan wang tersebut tidak diterima sebagai wang yang
sah.

Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada kerajaan yang boleh mencetak emas. Dan jumlah sebenar emas hanya Allah S.W.T yang mengetahuinya berapa banyak kandungan emas yang terdapat dalam bumi ini.

Gambar: Syiling RM1. Dulu bernilai sekarang tidak lagi.

Gambar: Syiling RM1. Dulu bernilai sekarang tidak lagi.

Kenapa Emas?

Emas merupakan aset yang bernilai sepanjang zaman dan setiap tempat berbanding dengan wang.
Fungsi emas lebih kurang sama dengan wang kerana boleh digunakan untuk membayar zakat, mahar dan urusan jual beli untuk barang-barang tertentu.
Perbezaannya emas boleh digunakan di setiap tempat, manakala wang hanya bernilai ke atas tempat-tempat tertentu sahaja.
Sebagai contoh sewaktu kejatuhan British kepada Jepun di Tanah Melayu pada 1942, jepun telah menghapuskan penggunaan wang British (malayan dollar). Kesemuanya telah ditukar kepada wang jepun yang dikenali sebagai  wang pokok pisang.

Jepun telah menguatkuasakan penggunaan wang  pisang ini dan sesiapa yang tidak mematuhinya akan dihukum. Disebabkan cetakan wang yang terlalu banyak telah menyebabkan kenaikan harga barang berlaku.
Akibatnya pada tahun 1945 nilai duit pokok pisang jepun telah tidak berguna lagi apabila jepun telah menyerah kalah. Jadi di sini kita boleh lihat bagi sesiapa yang mengumpul wang sebagai lambang kekayaan maka dia akan rugi apabila wang itu sudah tidak bernilai lagi.
Berbeza dengan orang yang menyimpan emas, kerana tidak kira lah negara mana sekali pun yang jatuh tetapi nilai emas tetap tidak akan jatuh keran ia masih boleh digunakan dan ia masih laku diseluruh dunia.
Kesimpulannya emas merupakan simbol kekayaan yang sebenar, negara-negara maju di dunia iaitu Amerika dan China adalah penyimpan terbesar emas keran mereka tahu nilai sebenar emas itu. Jadi masih belum terlambat untuk kita jadikan emas sebagai simpanan untuk kegunaan pada masa hadapan.

Infaq

SUMBANGAN INFAQ 1 GRAM WAFER EMAS KEPADA ASNAF DAN HUFFAZ

Infaq bermaksud membelanjakan harta pada jalan Allah. Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “ Apabila mati seorang anak Adam maka akan terhentilah amalnya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkannya dan bermanfaat kepada orang lain atau anak soleh yang mendoakannya.” ( Riwayat Muslim). Bersedeqah merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah s.wt bagi menjamin penambahan saham akhirat pada hari perhitungan kelak. Salah satu cara untuk bersedeqah adalah dengan menggunakan Emas dan Perak. Antara kelebihan bersedeqah menggunakan Emas dan Perak adalah emas tidak mudah dicairkan dan boleh dijadikan sebagai tabungan masa hadapan. “Akan tiba suatu masa tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham” (Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGTSB) merupakan sebuah syarikat yang bernaung dibawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang meneruskan kesinambungan perlaksanaan mata wang syariah melalui penggunaan Dinar & Dirham. Pada bulan Ramadhan 1437H, KGTSB telah melancarkan satu program iaitu Program Sumbangan Infaq 1 gram wafer kepada Asnaf dan Huffaz. Objektif program ini adalah untuk memberi pendidikan dan pendedahan kepada masyarakat mengenai sumbangan melalui Emas dan Perak selain sumbangan wang kertas Selain itu, melalui sumbangan ini juga dapat memberi peluang kepada golongan Asnaf dan Huffaz mempunyai simpanan emas secara fizikal.

Sumbangan 1 gram wafer emas ini adalah sumbangan daripada ADUN, Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kumpulan serta sumbangan orang ramai melalui pembukaan kaunter jualn bergerak sepanjang bulan Ramadhan. Hasil daripada sumbangan infaq telah diberikan kepada 70 orang golongan Asnaf dan Huffaz terpilih dari Dun Wakaf Bharu, Dun Pasir Pekan, Dun Meranti, Dun Bukit Panau, Parlimen Kubang Kerian, Yayasan Ar-Raudhah dan Maahad Syamsul Maarif Lelaki. Majlis Penyerahan Sumbangan Waqaf 1 gram wafer kepada Asnaf dan Huffaz telah berlangsung pada 20 syawal 1437H bersamaan 25 Julai 2016 yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ustaz Haji Ahmad Bin Yakob. Program ini juga dihadiri oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, pengurus-pengurus besar serta pengurus kanan Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kumpulan. Terdapat juga rakan-rakan media yang turut hadir untuk membuat liputan mengenai program ini. Sempena Majlis Penyerahan sumbangan ini juga, pihak KGTSB mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya bagi meraikan golongan Asnaf dan Huffaz. Sacara keseluruhannya, masyarakat menyambut baik dan memberikan reaksi yang positif terhadap Program Sumbangan 1 gram wafer kepada Asnaf dan Huffaz ini dan berharap program seperti ini akan diadakan secara berterusan selepas ini.

Infaq"saham akhirat"

Infaq bermaksud membelanjakan harta pada jalan Allah. Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “ Apabila mati seorang anak Adam maka akan terhentilah amalnya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkannya dan bermanfaat kepada orang lain atau anak soleh yang mendoakannya.” ( Riwayat Muslim). Bersedeqah merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah s.wt bagi menjamin penambahan saham akhirat pada hari perhitungan kelak.

     Salah satu cara untuk bersedeqah adalah dengan menggunakan Emas dan Perak. Antara kelebihan bersedeqah menggunakan Emas dan Perak adalah emas tidak mudah dicairkan dan boleh dijadikan sebagai tabungan masa hadapan. “Akan tiba suatu masa tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham” (Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal). Melalui infaq juga dapat memberi peluang kepada penerima sumbangan untuk memiliki emas secara fizikal. Selain itu, sumbangan melalui emas dan perak juga dapat memberi pahala yang berganda kepada pemberi sumbangan. Hal ini dapat dilihat apabila penerima sumbangan ingin menjual emas yang diperolehi dari hasil sumbangan yang bernilai RM200 tetapi telah meningkat nilainya kepada RM300 pada masa tersebut. Nabi s.a.w bersabda “Sedekah yang afdal adalah daripada lebihan keperluan. Tangan yang diatas (adalah yang memberi) lebih baik daripada tangan yang dibawah (Tangan yang menerima).” (Hadis riwayat Muslim).

    Antara golongan yang berhak menerima sedeqah adalah Fakir iaitu orang yang cukup untuk keperluan dirinya namun tidak cukup untuk nafkah keluarganya atau orang yang tidak memiliki harta, miskin adalah orang yang mempunyai usaha untuk mendapatkan keperluan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya, amil adalah orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat dan muallaf adalah seseorang yang baru memeluk islam. Golongan ini adalah golongan yang diutamakan dalam menerima sumbangan.

     Kesimpulannya, memberi sumbangan atau infaq dalam bentuk emas dan perak mempunyai banyak kelebihan dan nilainya lebih tinggi berbanding wang kertas. Sumbangan emas juga boleh dijadikan sebagai simpanan pada masa hadapan apabila keadaan mendesak dan. Sekiranya sumbangan melalui wang kertas,ia mudah dicairkan dan berlakunya kebocoran pada bila-bila masa sahaja.