Utusan Pengurus Besar

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. 

Segala puji dan syukur hanya bagi Allah S.W.T pemilik seluruh keseluruh kerajaan langit dan bumi dan segala isinya, Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang telah menyebarkan Islam untuk dinikmati kepada kita semua.

Pihak pengurusan Kelantan Gold Trade SDN BHD (KGTSB) mengucapkan selamat datang kepada para pelawat yang melawati laman web rasmi Kelantan Gold Trade ini. Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, pihak pengurusan KGTSB telah mewujudkan laman web agar sebarang informasi atau maklumat daripada pihak KGTSB dapat disalurkan dengan pantas dan tanpa sempadan. Selain itu,dengan wujudnya laman web ini diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dari pelbagai peringkat dan juga dapat mendekatkan jurang informasi di antara pihak KGTSB dan masyarakat tentang visi dan objektif penubuhan KGTSB ini untuk pembangunan bersama. Laman web KGTSB ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa agar maklumat yang disampaikan tepat dan terkini.

Sebagai sebuah syarikat dibawah Kerajaan Negeri Kelantan, KGTSB berpegang dengan prinsip bahawa kami bertanggungjawab untuk memartabatkan Dinar & Dirham. Kami juga diamanahkan untuk memperkenalkan dan memberi penerangan kepada semua rakyat dengan lebih mendalam mengenai Dinar & Dirham. Berlandaskan nilai-nilai Islam, kami pastikan perniagaan yang kami jalankan berasaskan prinsip-prinsip keadilan,kecekapan dan integriti.

Alhamdulillah pada tahun ini, pihak Kelantan Gold Trade telah bekerjasama dengan Persatuan Kemahiran Wanita Kelantan (PKWK) untuk meningkatkan kerjasama dua hala dalam mempromosikan serta menunjukkan sokongan terhadap program-program Dinar dan Dirham Kelantan. Selain itu juga, pihak Kelantan Gold Trade juga telah memperkenalkan beberapa program untuk peningkatkan pemahaman masyarakat terhadap Dinar dan Dirham seperti program tabungan, mahar, infaq dan muamalat perak kepada emas.

Akhir kata, kami ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sepenuh sokongan dan kerjasama kepada Kelantan Gold Trade dalam amanah untuk memartabatkan Dinar dan Dirham Negeri Kelantan. Laman web ini juga diharapkan dapat menjadi medan interaksi di antara Kelantan Gold Trade dengan pelanggan-pelanggan khususnya rakyat Negeri Kelantan keseluruhannya.