Emas merupakan sejenis logam berwarna kuning yang tidak tercemar dimamah air, udara, panas atau sejuk, tidak berkarat, luntur, reput atau kusam. Pada masa yang sama ia bersifat lembut yang dapat dibengkokkan, ditebuk, di tegang dan dipintal. Tambahan lagi ia bersinar seperti cahaya matahari terbenam dan tahan selama-lamanya. Ia ada di setiap benua, tetapi dalam masa yang sama ia sukar didapati. Nama Latinnya ialah aurum yang bermaksud sinaran fajar.

Kita memanggilnya Emas. Ia telah membuatkan manusia kagum sejak beribu-ribu tahun lalu. Emas memudahkan dagangan, membiayai bangunan-bangunan tinggi, membangunkan negara-negara dan juga membantu membangunkan empayar. Sedangkan pada waktu yang sama manusia bertelingkah, berbunuhan dan juga memusnahkan tamadun demi mendapatkannya.

Emas boleh kekal selama bertahun-tahun, kemudian muncul dan bersinar kembali. Ini lah kisah emas yang terus menerus dimainkan sejak ia bermula ditemui beribu-ribu tahun yang lalu.

Emas sentiasa meningkat nilainya dalam jangka masa yang panjang.  Kenapa perkara sebegini boleh berlaku?? Ini kerana wang fiat lama-kelamaan nilainya akan menjadi kosong dan tahun saban tahun nilainya semakin rendah dan inflasi semakin tinggi. Emas merupakan objek berharga yang kalis inflasi.

Dikala berlaku kegawatan ekonomi, Emas akan menjadi sambutan orang ramai kerana mereka sedar tiada apa lagi yang bernilai dikala ekonomi merudung dan masalah politik berlaku. Emas merupakan international currency yang boleh digunakan seluruh dunia tanpa perlu kepada penukaran.

Institusi kewangan melalui Emas akan lebih adil dan saksama kerana tiadanya riba’ dalam Emas dan ekonomi lebih stabi berbanding penggunaan wang fiat. Wang fiat merupakan kuasa penuh ke atas pemerintah. Sekiranya pemerintah mengatakan ia tidak sah, maka tidak sah lah wang fiat itu.

Kesimpulannya orang yang menjadikan simpanannya dalam bentuk Emas adalah orang yang bijak dan mempunyai kesedaran, bagi sesiapa yang berusaha mengumpul wang kertas, dia merupakan orang yang rugi.