• Utama
  • PRODUK/PERKHIDMATAN
  • PRODUK
  • Dinar

DINAR

Dinar emas ini adalah keluaran pertama Kerajaan Negeri Kelantan dibawah syarikat Permodalan Kelantan Berhad (PKB) dengan Denominasi 1/4 Dinar, 1/2 Dinar, 1 Dinar dan 2 Dinar.

PEMBERITAHUAN :

1. Kelantan Gold Trade tidak mengeluarkan Dinar ini, akan tetapi syarikat boleh menerima pembelian balik ( buyback) dengan peratusan tertentu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat.

2. Pembelian balik dinar ini sebanyak 15% akan dikenakan bermula 01.01.2017.

3. Untuk Pertanyaan mengenai Dinar (rujuk paparan diatas) tersebut, anda boleh menghubungi :

   Permodalan Kelantan Berhad (PKB)

   Wisma Iktisad, Jalan Maju, 15000, Kota Bharu, Kelantan,
    Phone: 09-741 4343

 

Dinar emas ini adalah keluaran siri kedua Kerajaan Negeri Kelantan dibawah syarikat Kelantan Gold Trade Sdn Bhd pada tahun 2008 dengan beberapa denominasi iaitu 1/2 Dinar, 1 Dinar, 2 Dinar, 5 Dinar, dan 8 Dinar

Pemberitahuan:  Kelantan Gold Trade tidak lagi mengeluarkan Dinar ini, akan tetapi, pelanggan yang ingin memiliki Dinar ini sebagai koleksi peribadi boleh membuat tempahan  melalui tempahan ONLINE .  

Makluman: Pembelian balik dinar ini sebanyak 10% akan dikenakan bermula 01.01.2017.

 

      

Dinar Emas ini adalah keluaran terbaru Kerajaan Negeri Kelantan dibawah syarikat Kelantan Gold Trade Sdn Bhd. Seberat 4.25g dengan denominasi 1 Dinar ini, penempaan yang halus dan memiliki ciri-ciri keselamatan yang terbaru dan lebih terjamin dapat memberi kepuasa kepada pemilik dan penyimpan dinar. Disertakan no siri bagi setiap unit dinar dengan tujuan keselamatan dan sijil ketulenan bagi memberi keyakinan kepada pemilik dan penyimpan dinar.

Dinar ini boleh didapati di Pejabat utama kami di Tunjong, pusat jualan kami di Bazar Tok Guru dan juga di Airport atau layari online shop kami di www.kgt.com.my/shop.